Google+

oleh: skyblue Meat Pie

Meatpie

Resepi ni dpt dari tv... dah cuba pagi tadi, sedap!


Created on : 16-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi skyblue




Bahan-bahan ( 20-24 biji )

  • 1 sk minyak zaitun
  • ½ bawang besar (saiz kecil), dicincang
  • 250g daging, dicincang
  • 1 sb tomato paste
  • ½ cawan sayur campuran (frozen)
  • ½ cawan beef stock
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 2 cawan mashed potatoes
  • 3-4 keping puff pastry

Cara-cara

  1. Untuk pastry

    Panaskan oven pada suhu 170C. Potong puff pastry dgn cookies cutter yg bulat (8-10cm) kemudian masukkan puff pastry yg dipotong kedalam muffin tins. Bakar selama 20 minit. Keluarkan dan diketepikan.
  2. Untuk Inti

    Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan daging, goreng sehingga masak. Masukkan tomato paste, sayur campuran, stock, garam dan lada hitam. Masak dgn api kecil sehingga kuah jadi pekat. Biar sejuk sikit sebelum isi dlm pastry.
  3. Ambil 1 sb inti daging, masukkan ke dlm puff pastry yg telah dibakar. Kemudian, letak 1 sb mashed potatoes ke atas inti daging tadi.
  4. Taburkan sedikit lada hitam di atas, klu suka boleh bakar dlm oven (200C) selama 10 minit sebelum dihidangkan.

Tag

pie daging









Laporan Masakan Bergambar (3)

Pict0368
31-03-2007
minum petang smlm...rupa tak berapa cantik, tapi yummy!!! gambar pun gelap sbb amik waktu mlm
Laporan oleh: rrozie17

cantik juga... rupa mcm ice cream :p... banyak mashed potatoes, mesti kenyang lepas makan.

Meatpie1
04-04-2007
buat smlm, ubahsuai sket filling + mixed herb & letak cheese...mmmm best, TQ for the recipe!!
Laporan oleh: rrozie17

memang sdp dgn cheese, hari tu i baru buat mcm yg u buat.

Pie
05-07-2008
Anak yg sulung dan my hubby cukup suka..thanx for the idea...
Laporan oleh: suzi75

Komen (10)

16-03-2007, zara_klate komen :

wah..sky cantiknya, minta sikit boleh tak.hehe..


16-03-2007, skyblue komen :

zara, nanti i kirim kan.... nak garam ke lada hitam eh? hehehe...


16-03-2007, alma komen :

@kiut beno ler sky! come-lote gituuuu...


17-03-2007, Mat Gebu komen :

sky....tapi mat tak de puff pastry tu laa.. guna pie pastry yg buat sendiri ok ke ?


17-03-2007, skyblue komen :

>>alma, sekali pandang mcm cupcake eh... >>mat, boleh juga guna pie pastry buat sendiri.


19-03-2007, riya komen :

skyblue.. kat mane nak dapat puff pastry tu ye? sori i ni memang tak pandai masak.. now baru nak cuba2 :)


19-03-2007, skyblue komen :

riya, sila rujuk komen kat resepi tuna puff utk info jenama dan tempat jual puff pastry.[http://www.myresipi.com/recipe/edit/373]


19-03-2007, skyblue komen :

bagi yg tak dpt beli puff pastry atau nak buat experiment, boleh cuba dgn pie doh dari cik mat punya resepi apple pie yg ada kat sini.[http://www.myresipi.com/top/detail/643]


07-12-2008, Yantie Alias komen :

puff pastry ada jual kat giant,tesco,care4,n lain2 lg.cari puff pastry kat bhgian frozen yg ade paratha la,pau,karipap segera,etc


17-04-2011, d'la komen :

nampak cam sedap je.... nak try lah...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd