Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi ^ Moist Chocolate Cake @ Kek Coklat Lembap

 Submitted By On 19 February, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

bakar @ kukus... (pakai blender je) --> olahan sendiri dari resepi kawan.. mudah + lembap + padat + kaya dgn coklat ;)

Ingredients
  • 。 250g dark chocolate (potong kecil2)
  • 。 200ml whipping cream @ susu cair/segar
  • Bahan Topping:
  • Bahan A (*diayak bersama):
  • 。 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 。 3/4 cawan serbuk coklat*
  • 。 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 。 1 sk baking powder*
  • 。 secubit garam
  • 。 1 cawan gula halus
  • Bahan B:
  • 。 1/2 cawan minyak masak
  • 。 3/4 cawan susu cair / segar
  • 。 2 biji telur (A) / 3 biji (C)
  • 。 1/2 sk cuka @ jus lemon
  • 。 1/4 cawan susu pekat manis (kalau guna whipping cream) @ gula halus (kalau guna susu cair/segar)
  • 。 1/4 cawan minyak masak
Instructions
  1. Blender kesemua bahan agak2 masanya sehingga kesemua bahan sebati. (jangan blender lama sangat nanti kek bantat pulak)

  2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 10 minit / didihkan air pengukus. Masukkan Bahan B dalam blender. Diikuti Bahan A.

  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang 20cm yang telah digris dan ditaburkan tepung sedikit (nak senang guna kertas jek) supaya kek tak melekat nanti.

  4. Bakar kek dalam oven pada suhu 170 darjah selama 40 minit / sehingga masak secara au bain-marie (waterbath). kalau nak bakar biasa pon boleh. Bakar secara waterbath akan melembapkan kek lagi. Atau kukus kek selama 1 jam / sehingga masak. (Cucuk lidi di tengah2 kek kalau tak melekat, dah masak lah tu)

  5. Keluarkan kek dari oven dan telangkupkan kek di atas redai (untuk mengelakkan kek mendap. Sila hati2 kerana kek sedang panas dan lembut. Nanti kek patah pulak)

  6. Kek yang dah sejuk dibelah dua ditengah. Tengah2 kek sapukan sedikit topping dan cantumkan (hati2 kek mudah patah).

  7. *** Penggunaan cuka tidak akan memasamkan kek. Cuka tersebut akan bertindak balas dengan soda bikarbonat dan baking powder untuk mengembangkan/menaikkan kek bersama telur. (so tak payah guna telur banyak2. jimat telur ye.. kurangkan kalori.. hehe) *** Bahan2 yang digunakan banyak 3/4, 2/3 sebabnye loyang kecik je nanti kek naik terlebih melimpah pulak. Saya gunakan cawan metrik yang mempunyai senggat. (Sape2 yg takde, agak2 je la tulis ngan marker pen ye. huhu.. sorry~)

  8. Topping: Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih dan masukkan bahan yang lain. Tutup api dapur dan kacau sehingga adunan topping sebati.

  9. Lebihan topping tadi dituangkan (pastikan topping masih cair- mudah untuk disapu) di atas kek dan ratakan keseluruhan kek. Hias mengikut kreativiti anda. *kalau nk guna strawberry, pastikan strawberry tersebut telah diserap airnya terlebih dahulu (potong awal2 dan lap air guna kitchen paper / tisu) kerana strawberry yang basah akan merosakkan topping kek nanti.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All