Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi SAMBAL NASI LEMAK ISTIMEWA SAYA=)

 Submitted By On 10 February, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

boleh makan dengan nasik lemak, atau apa-apa je yang korang suka mkn dengan sambal=)

Ingredients
  • semangkuk ikan bilis yang telah dibersihkan. (pastikan guna ikan bilis yang sedap utk m'dapatkan sambal yg sedap =))
  • 10-15 biji lada kering (rebus)
  • 5 ulas cili padi untuk tambah rasa pedas kalau suka pedas la=)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 keping asam keping saiz sederhana
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnye
  • setengah cawan santan atau susu cair
  • minyak untuk menumis
Instructions
  1. ambil separuh bahagian ikan bilis, sebiji bawang besar, bawang putih, cili kering yg telah direbus, dan cili padi, dan air separas separuh bahan2 tadi (Kisar dalam blender hingga betul2 hancur)

  2. tumbuk lebihan ikan bilis hingga separuh hancur

  3. potong bulat bawang besar yang lagi sebiji tadi

  4. panaskan minyak dalam kuali. pastikan minyak betul2 panas k. masukkan bahan kisar tadi. kacau2 dan masak hingga pecah minyak dan sambal garing.

  5. masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi bersama bawang besar hiris. masukkan secawan air. masak dalam 5 minit.

  6. masukkan santan atau susu cair tadi. kacau2 seketika. kecilkan api. masak seketika dan perasakan dgn garam dan gula....jangan lupa asam keping

  7. masak lagi dalam 8-10 minit dan bolehla di hidangkan =)

  8. SELAMAT MENCUBA YA!

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All