Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com
Mee Belacan

Resepi Mee Belacan

 Submitted Bysalmasz1962 On 09 February, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Mee ni famous d sarawak. Dapat dari adik. Dah try..sedap tp lupa tangkap gambar. Masak anggaran 30 min jer mcm buat mee lain gak.

Ingredients
  • Bahan kuah 1. Belacan (anggaran 2inci atau ikut suka, lebih banyak lebih bagus tapi pastikan belacan yang sedap) 2. Sedikit serai (dimayang) 3. 5 bj bawang merah 4. 5 ulas bawang putih 5. cili kering (ikut suka, jika mahu pedas bubuh byk)
  • 6. 1 sudu besar kicap pekat 7. 3-4 keping asam keeping 8. 2 btl pes otak udang 9. gula nipah/gula melaka (anggaran ikut suka) 10. 1 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sikit air)
  • Bahan mee 1. Mee Hoon (direndam dan dicelur) 2. Telur padi – ikut suka kalau mahu byk (saya suka banyak, sedap heee) 3. Sotong kembang (dicelur dan potong ikut suka) 4. Timun (dipotong mayang) dan tauge
  • 5. Limau kasturi (dipotong untuk perahan jika suka) 6. Kacang tumbuk (untuk ditabur jika suka)
Instructions
  1. Caranya : Blend bahan 1-5 dan rebus dgn air (sukatan ikut suka macam buat kuah laksa penang juga). Masukkan asam keping dan kicap pekat. Rebus hingga mendidih lama sedikit. Tutup api dan tapiskan kuah. (Hampas nya jangan dibuang, boleh diguna buat sambal goreng). Masak semula air rebusan tadi. Masukkan pes otak udang dan gula nipah/melaka. Masuk perasa dan sedikit garam (harus diingat kicap pekat juga sudah masin). Bila dah mendidih masuk tepung jagung dan biar hingga pekat sedikit. Kuah dah siap. Masuk mee (sorang makan ye) ke dalam mangkuk, bubuh sikit sotong, telur padi, timun & tauge. Bubuh kuah. Tabur kacang tumbuk. Perah limau jika suka. (boleh sedia cili potong jika suka tapi kuah dah pedas sbb guna cili kering.) **Mee belacan ni resipi cina. Try la…sedappppppp

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments