Google+

oleh: hendrawati83 Ikan Tilapia Masak Lemak Cili Api

Masak_lemak_cili_api

Resepi mamaku.. senang dan sedap.. yang ni tapi small size nye hidangan sebab hendra baru kahwen..Tapi gambar ni bukan gambar ikan yang hendra mask, ni ambik dari jurnal chef sebab semalam tak sempat ambik gambar dah licin dulu..saya punye tak banyak kuah nye.. huhu..


Created on : 29-01-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hendrawati83




Bahan-bahan ( Untuk 2 orang makan )

  • 2 Ekor ikan Tilapia merah/ hitam saiz sederhana (goreng dahulu dengan garam & kunyit. Boleh letak lada hitam kalau nak kurangkan hanyir)
  • 3 Ulas Bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi
  • 1 batang serai di titik
  • 2 cm halia di titik
  • (tumbuk/blender dahulu bawang merah, bawang putih dan cili)
  • 100 ml Santan / susu segar
  • Serbuk kunyit sikit untuk warna

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 yang telah di tumbuk/blender tadi. Biarkan sampai kuning atau naik bau.
  2. Masukkan halia dan serai dan tumis lagi sampai bau serai then masukkan ikan.
  3. Last sekali masukkan santan. Biar sampai santan tu pecah minyak pon takpe. Kami suka dia pekat2. Ada setengah suka cair, maka bolehlah tambah air sikit..
  4. Agak2 dh mula menggelegak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama hirisan daun limau purut atau daun pegaga.. cewah.
  5. Selamat Mencuba resepi yang mudah tapi sedap dan terangkat ni..kalau tahap toleransi pedas anda tinggi, bolehlah tambah lagi cili api tu ye..








Laporan Masakan Bergambar (3)

Talapia_mlca
07-05-2011
menu ptg semalam..senang & sedap..10Q share rsp..:))
Laporan oleh: naa_q
P1050556
08-06-2012
slm,.sllu jugak msk lmk ikn ni..smua suka...tq ye.
Laporan oleh: Mariani(KT)
Dsc03825
04-11-2013
sedap!..timekasih :)
Laporan oleh: k.zila66

Komen (6)

30-01-2011, halimah md komen :

memang dap. kegemaran saya ikan ni. anak-anak lagi suka. licinlicau kalau masak. masak sambal pun best.


01-02-2011, hendrawati83 komen :

sedap kan.. sekarang terliur2 je ni.. lagi2 kalau ikan tu garing sket...erm.. ni balik nak buat lagi nih..


01-02-2011, tarmizee komen :

hehehe....mmg sedap pon...klu sy lak..bse nyer santan tue wat asing antara pati die ngn perahan ke2...so yg perahan ke2 tue msuk dlu...pati lak ltk mse lg sminit nk ttup api..cz nk bg berlemak ckit..huhuhu


01-02-2011, khaisara komen :

memang sodap... kalau ikan sungai mak saya slalu wat cam nir tak pun sambal letak santan kuahnya pekat2 pastu campur daun kaduk ke, daun kunyit ke memang membangkit selera... yummy...


07-05-2011, shaza nabila komen :

npknya sedap sgt resepi ini sygnya sy tak mkn ikan tilapia sy tkrkan kpd ikan tenggiri blh kan?


07-05-2011, azneen komen :

sy aa masalah gn ikan sg ni. dh byk kali cuba, tetap hanyir...mcm mana ya???


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu