Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi begedil sausage sedap

 Submitted Bybulan madu On 23 January, 2011
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

resepi ni reka sendiri.mmg sedap dan kenyang! xyah beli dekat kedai sbb dah boleh buat sendiri.

Ingredients
  • 4-5 biji kentang saiz sederhana besar
  • 3-4 batang sausage
  • sedikit tepung gandum
  • 2 biji bawang merah (cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • sedikit serbuk jintan manis
  • 2 biji telur ayam
  • garam
  • minyak
Instructions
  1. kupas kulit kentang dan rebus sehingga kentang lembut (cucuk dengan garpu).

  2. sementara menunggu kentang empuk, dlm kuali yg lain, panaskan minyak.

  3. tumis bawang merah dan bawang putih yg di cincang halus tadi.

  4. kemudian,masukkan sausage yg dipotong halus2.

  5. biarkan sehingga sausage masak.apabila sausage sudah masak, masukkan serbuk jintan manis dan sedikit garam.

  6. kacau sebati.kemudian,boleh tutup api.

  7. apabila kentang sudah empuk,keluarkan kentang dari periuk.dan boleh lenyekkan kentang sehingga menjadi doh.

  8. kalau kentang terlalu lembik,masukkan sedikit tepung gamdum.kacau sebati.

  9. kemudian,masukkan sausage yg dimasak tadi ke bersama kentang yg dijadikan doh tadi.

  10. kepal-kepalkan menjadi bentuk begedil.setelah buat bentuk bulat2, penyekkan doh diatas tapak tangan supaya menjadi leper.

  11. dalam mangkuk yg lain,pecahkan telur ayam.

  12. kemudian,celupkan begedil ke dlm telur dan siap untuk digoreng.

  13. goreng begedil menggunakan api yg kecil.kalau tidak ubi di dalam begedil lembik dan mudah serap minyak.

  14. boleh makan begedil sausage ni sambil cicah sos cili :)

  15. ps- yg kat tengah gambar tu lebihan telur.bulan goreng telur hancur2..hihi

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments