Google+

oleh: tun_telani Karipap Inti Sardin dan Kentang

Mykaripap2

mempelbagaikan resepi karipap yg sedap! sekali hadap je licin nih =)


Created on : 22-01-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi tun_telani




Bahan-bahan ( dlm 35biji )

  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara

  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan.
  2. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  3. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  4. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  5. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  6. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
  7. Mykaripap
    bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =) ni yg dh siap.. blh wat frozen karipap.

Laporan Masakan Bergambar (3)

Img_3706a
16-03-2011
dah try td, mmg sedap. tq tun.
Laporan oleh: Kak Rosenah

thank you kak rose sbb cuba resepi nih.. lap you ^^

Dsc05994
01-11-2011
salam tun,seedap!!..rcp nih lbih kurang mcm mak akk..mekasih ya,
Laporan oleh: k.zila66

boleh pun balas komen.. tq k.zila kerana mencuba ^^

Dsc04619
29-08-2013
Assalam tun, wat num ptg,kt umah ni klu wat inti sardin laku..selalu wat byk2 pastu simpan dlm esbox beku, bila teragak nk mkn kuarkn senang kje hihii... apapun tq tun share :)
Laporan oleh: k.zila66


Komen (11)

22-01-2011, izah_is84 komen :

mmg terbayang2 nk wt karipap..tp x ajar pn cra nk klim tepi2 karipap tu..xreti..


22-01-2011, CheqSueCommot komen :

entah bila la projek karipap ni nak jalan...he he he...


23-01-2011, tun_telani komen :

izah_is84: xreti gak nk ajar kalu tulis2 nih. kalau duk dekat2 miri nih blh gk dtg umah kelim karipap sama2.. hihi.. tp kalau awal2 ni blh je guna acuan karipap tu kn =) CheqSueCommot: projek kene jalan cepat3.. hehe..


23-01-2011, tun_telani komen :

izah_is84: cuba search karipap inti sedap, hana6877 ada tunjuk cara2 kelim karipap =)


25-01-2011, sherill aida komen :

nak buat tp tkot xsedap jew..huhu...


27-01-2011, tun_telani komen :

sherill aida: iA sedap.. hihi.. bkn nk puji sendiri, tp kalau my family laa, sy buat ni mmg kejap je licin =) try laa dulu. kalu takut x sedap, wat separuh adunan.


28-01-2011, sam monster komen :

meleleh siot......


26-05-2011, tynacheery komen :

SEDAP NAMPAK..THX FOR THE RESEPI SIZTA..:)


29-10-2011, k.zila66 komen :

asal nih xleh msuk gambr...adusss...hai tenet wat hal lagi....


28-11-2011, tun_telani komen :

k.zila66: thank you sudi mencuba!!! muah! muah!! hihi.. tapi x berjaya nk reply komen kat atas tu.. lupa dh mcm mana nk reply..


31-12-2011, jue64 komen :

salam tun, dah buat untuk sarapan hubby kata sedap. Tkasih kongsi resepi.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd