oleh: melati Sup ikan bilis kulit tembikai

Sup

Resepi mak kat kampung


Created on : 28-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • kulit tembikai
  • bawang merah
  • bawang putih
  • lada hitam
  • sedikit ikan bilis
  • garam
  • gula
  • serbuk perisa jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Buang kulit yang warna hijau dan potong kecik-kecik
  2. tumbuk bawang merah, bawang putih serta lada hitam.
  3. Tumis bahan tumbuk sehingga naik wangi. Masukkan air dan ikan bilis.
  4. Bila dah mendidih, masukkan kulit tembikai, garam, gula dan perisa. Bila kulit tembikai dah lembut bolehlah padamkan api.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (29)

28-06-2006, fatini komen :

special nih...jimat lagi


28-07-2006, june komen :

kulit tembikai pun boleh makan......


13-09-2006, kay komen :

sodap jugak rasanya


14-09-2006, yana komen :

ok gak rasanya..dapat panaskan badan sekali sebab ada lada hitam. tapi,dalam pantang leh makan tak?isi takleh..kulit?


16-09-2006, Tura komen :

Nampak sedap nih. Rindunya kat kampung aku di Perlis nun. Dulu kami pun makan macam cam ni. Bukan untuk menambah variety resepi tapi sebab benda2 macam ni jer lah yang ada.


17-09-2006, aija komen :

Kulit tembikai apa yg boleh diguna? Honeydew ker? Or tembikai matahari tu?


18-09-2006, melati komen :

bukan honeydew.. ala kulit tembikai yg isi merah tu.. kulit dia kaler hijau.. ada biji warna hitam.. tapi sekarang ni ada yg jenis takde biji kan.. oo tembikai matahari ke panggil yg tu??


21-09-2006, erin komen :

kulit tembikai leh mkn ker??


21-09-2006, melati komen :

erin.. bukannye kulit hijau bahagian luar tu


26-09-2006, emee komen :

kalu gune betik muda boleh tak? ganti ngan kulit tembikai?


29-09-2006, bee komen :

woiitt...bleh buat sup rupenye...buah favrit aku ni..lepas ni tak le m'bazir lagi...tahniah n thanks melati.


08-11-2006, nasrun83 komen :

kalau pakai labu air blh x?


21-11-2006, babby245 komen :

hai melati dan semua.....resipi sup kuli tembikai ni kalu kat tempat saya kuching, sarawak cakap 'lempah manis' lempah tu refers tu gulai/sup. kalu nak try sikit kelainan, untuk resipi yang sama nie cuba letak sebatang serai dan campur belacan sedikit. Rebus semua bahan2 iaitu bawang merah, serai dan ikan bilis yang dah di tumbuk. Jangan lupa campur lada sulah.....cuba try...mesti sedap sehingga terangkat mangkuk.


11-06-2007, aisya_humaira komen :

haah dulu pun mak slalu wat sayur kulit tembikai ni..=)


16-06-2007, irma80 komen :

betik tahu lah...tembikai ni..nak cube lah...


27-07-2007, peekaboo komen :

ini risepi mak mertua saya juga, rasanya memang sedap..meeemm


08-08-2007, ennera komen :

Xpahit ker kulit tue


12-08-2007, masz_kieys komen :

em sedap.... saya dah cuba. hubby saya pun suke.....


16-08-2007, justjie komen :

tak tergamak nak makan kulit tembikai...macam pelik jer...


21-08-2007, dilla1516 komen :

isi daun kunyit yg dah dihiris.. lg best.. apa plak yg x tergamak.. sedap oo.. dah cuba baru tau.. dilla dari kecik mkn.. mmg peberet..dia pedas2 manis buah.. dila x tambah gula dah...


31-08-2007, alianazeera komen :

Lunch tadi mama buat dish nie..memang sedap kalau makan time panas2..bubuh extra lada..wow..sedap sgt


23-11-2007, NIZ komen :

Hr ni br baca resepi cam ni....kena cuba nih......nanti ko kulit tembikai....aku rebus sampai lembik...ekekek...


24-01-2008, minah rempit komen :

ok gak makan kulit2 ni. asik makan isis je. ha, pasni ada gak kulit2 lain. macam kulit limau buat asam. kulit durian bleh masak pe2 x ek..


25-03-2008, lyn08 komen :

special nih. kena try dulu baru leh komen


18-06-2008, lubingme komen :

huu jumpa gak resepi ni.. pernah mkn masa kecik..tanya org tp semua xtau camne nak wat.. thx ye hari gak gi cari brg nak wat..


31-07-2008, nuraliscaliyanasrulhizad komen :

sedap nya, tak pernah saya makan sayur kulit tembikai tengok macam sedap. Macam nak cuba buat jer.


31-07-2008, nuraliscaliyanasrulhizad komen :

pemakanan macam ni sesuai tak untuk bayi. Saya ni nak cari resepi yang sesuai untuk bayi saya. Saya tak tahu nak buat resepi lain selain dari sup ayam, sup sayur & mcm2 lagi.


07-09-2008, zayain komen :

ye la isi tembikai yang kurang masak merah juga boleh buat kerabu campur bawang dan cili merah yang dihiris letak garam cikit,best sangat!


08-10-2008, yatie'z komen :

nampak macam sedap je... nak masak pun mudah... tq melati


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu