Google+

oleh: Cik Noor Ketam Masak Kam Heong

Ketam_kam_heong

Popular di restaurant seafood cina, Kam Heong maksudnya 'Golden Fragrance'. Sesuai dengan nasi putih dan di padankan dengan sayur masakan ala cina seperti char bok choy atau oyster sauced Kai-lan .


Created on : 18-01-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Cik Noor




Bahan-bahan ( untuk 2 orang )

  • 3 ekor ketam diramas serbuk kunyit dan garam digoreng.
  • * bawang merah saiz kecil 3 biji
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 4 sudu besar udang kering rendam sikit supaya lembut
  • 6 - 8 biji cili kering di hiris agak-agak setengah inci
  • segenggam daun kari (penting untuk bau)
  • 2 sudu besar serbuk kari di carikan dengan 2 sudu besar air
  • dalam 1/4 cawan kicap pekat (saya guna kicap pekat cap tamin)
  • garam dan ajinomoto secukupnya
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • beberapa sudu air jika perlu untuk senang menumis
  • cili api kalau gemar pedas

Cara-cara

  1. bahan bertanda * tumbuk dengan batu lesung.
  2. dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis bahan * yang dah di tumbuk tadi
  3. naik bau, masukkan serbuk kari yang dah cairkan, di ikuti dengan cili kering dan daun kari. Tumis. Masuk garam dan ajinomoto secukupnya.
  4. masuk ketam yang dah digoreng dengan kicap sekali. Gaul sampai sekata macam dalam gambar. Boleh tambah kicap lagi jika perlu, air jika perlu. Agak - agak la. Kam heong kuah pekat sikit.
  5. siap boleh di hidang dengan nasi putih ♥









Laporan Masakan Bergambar (3)

29102011765
29-10-2011
buat lunch td.. tambah cili kisar.. ikut tekak melayu.. hehe hubby suka sampai licin pggn.. thanks for da recipe ya.. ;)
Laporan oleh: lady_effa

Tq miss effa kerana mencuba. Letak cili api utk tambah kick pun boleh

2011-12-14_19
14-12-2011
sedapppnyer. thanks!
Laporan oleh: azzuwa

Tq miss azzuwa kerana mencuba.

Image
11-06-2014
mmg marvelicious! hasben makan berulang2. thank you for the resepi!
Laporan oleh: black1205e

Komen (5)

13-02-2011, kikkapo78 komen :

fullamak...hsbd kata macam resepi kat kedai..cukup kari, cukup masin..serbaserbi cukup...tersengeh gak di buatnya..tq cik noor...


26-02-2011, Cik Noor komen :

Terima kasih cik kikkapo kerana mencuba :)


30-10-2011, lady_effa komen :

Cik Noor.. mmg lain rasanya.. effa tambah cili kisar bagi pedas.. org melayu la katakan... hehehe.. hubby sapu bersih kuah yg melekat kat pinggan.. mekasih utk resepi yg sedap nih.. fully recommended kat u ols sumer.. note: next time nak letak cili capsicum yg warna kuning hijau tu lak bg warna menarik..


18-12-2011, r41494 komen :

boleh guna seafood lain selain ketam? Susah betul nak mkn ketam nih especially dengan anak2 kecik, tak menang tangan:)


24-07-2012, Cik Noor komen :

R41494, Kalau saya pergi restoran cina muslim, ada juga menu ayam masak kamheong, tapi tak biasa mkn. Selalu ketam kam heong ni menu utama restoran seafood di bagan klang atau dulu di kelana jaya seafood.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd