oleh: izahdaut Yogurt Muffin Coklat Chip

Yogurt_muffin3

Resepi yang diolah dari pelbagai jenis muffin. Gebu dan moist. Menjadi kegemaran kanak-kanak.


Created on : 12-01-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi izahdaut




Share


Bahan-bahan ( 7 biji medium )

  • 1 cawan tepung
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/4sk garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan yogurt natural
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2sk essence vanilla
  • 2 sb butter cair
  • 1/2 cawan coklat chip
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
  2. Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
  3. Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt (jangan terlebih adun nanti muffin keras) dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (3)

25062011340
25-06-2011
jd dgn cemerlangnya.soft n gebu.rase pn sdp.thank utk tuan resipi...
Laporan oleh: ctmarzz
Muffin2
19-07-2011
Lembut,gebu n sedap!mekasih izah..nih amik seketui..siap2 bukak baju dah mapin nih..hehe
Laporan oleh: HaSue
P1010008
10-03-2012
hot from oven. gebu, sedap di makan panas2 kala hujan ni. tq for the resepi
Laporan oleh: hanahoney_571

Komen (8)

17-01-2011, dee iman komen :

muffin tin perlu d gris dlu ke?


19-01-2011, izahdaut komen :

dee iman: ye gris dulu kalau guna muffin tin yang bukan non-stick.nak cantik boleh letak dalam cup muffin kertas tu


19-01-2011, scopio84 komen :

wahhhh senang laa macam nak try buat jer hehe... weekend nie hehe


20-01-2011, izahdaut komen :

scopio84:senang je kan cara-caranya tu.bahan2 pun simple.. selamat mencube...gebuuu gituu..hihi..kalau tak nak coklat cip, boleh gantikan dengan kismis atau blubery atau kekacang..


30-04-2011, farah paim komen :

farah dah try , tapi ganti yogurt natural dengan yogurt campuran , then letak blueberry kat tengah tengah , sedap


25-06-2011, ctmarzz komen :

memg jd n best sgt.so sooft


21-07-2011, msarah komen :

sy bru jew tgk rcipi nie nt nk cbe lew...xsbr aseNye


24-07-2011, chiq aein komen :

maaf ye...nak tnye,bila kna masukkan butter?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu