Google+

oleh: princessharyati Ikan pekasam utara

Cimg1810a

resepi dr turun temurun dr family


Created on : 07-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi princessharyati




Bahan-bahan ( 5-6 ikan )

  • 6 ekor ikan puyu (ikan sepat, ikan talapia pun boleh digunakan)
  • 1 cawan garam kasar (halus pun boleh digunakan)
  • 1 cawan beras yang telah digoreng tanpa minyak
  • Sedikit gula

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan-ikan puyu, kemudian lumurkan seluruh ikan itu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukan ikan tersebut di dalam bekas yang boleh ditutup.Biarkan sampai esok.
  2. Blend beras yang digoreng sehingga halus. Keluarkan ikan dari bekas, selepas tu basuh ikan dan sejat. Taburkan sedikit gula dan lumurkan beras pada ikan tersebut. Biarkan semalaman didalam bekas tertutup.
  3. Setelah itu masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jgn simpan di tempat yg beku simpan di bahagian bawah tempat isi sayuran/buahan)
  4. Kemudian bolehlah di goreng ikan tersebut sehingga garing. Gorengkan sedikit cili kering dan bawang merah dan taburkan diatasnya. Siap utk disantap bersama.

Tag









Laporan Masakan Bergambar (4)

Ikan_pekasam
04-02-2009
lalalalala... ikan pekasam kuu! pasni wat ikan pekasam sendirik jek. takyah nak import dari utara. kehkehkeh! TQ kak Yatt
Laporan oleh: 14sept
Imag0002
15-08-2009
menjadi la ikn pekasam ni, rasa mcm beli, ini yg blum goreng mmg best, x pyh bli dh, home made lg baikkk..
Laporan oleh: rosaliza
Pekasam_goreng
22-12-2011
ikan pekasamku yg dah siap d goreng,,,,,cedapnyer mkn ngan nasi panas2
Laporan oleh: ibu_aqil79
Pekasam
05-02-2012
menjadi pekasam sy. terima kasih resepinye :)
Laporan oleh: oponeto

Komen (23)

08-03-2007, yana komen :

Hmm best nie... kalau yana dah siap goreng.... letakkan perahan air limau nipis.... nyum...nyum...


08-03-2007, princessharyati komen :

haa betul tu.. sedap.. nyum nyum nyum..


08-03-2007, hana_hadriee komen :

ooo...resepi ni mmg best giler..... mmg ummmph!!!!


09-03-2007, maya_zakry komen :

woww... i love pekasam!!!! nyam nyam nyammm.. kalau kaik i makan pekasam ngan nasi panas2 je pun jadi... yummy


11-03-2007, enam putera komen :

Amboi....semuanya pakat nyum..nyum.. Saya ada buat jugak tp guna ikan glamour (gelama) sebab tak reti makan ikan air tawar. Mula tu jiran kata peliknya... tp bila dah rasa dia pulak ikut guna ikan tu. Dia ni org perak, so caranya lain sikitlah, selain garam dia guna nasi sebagai ganti beras, manakala setiap lapis ikan dibubuhnya sekeping asam keping, hmmm...yg ni pun nyum..nyum..nyum....jugak tau!


11-03-2007, princessharyati komen :

ye ke 6 putera .. lepas ni i boleh try .. nak kene cari ikan gelama lak pulak..heeee


13-03-2007, enam putera komen :

Princess, ni sesajer nak gurau2 eh....kita semua ni lepas nyum..nyum...kita hehehe.. cam ikan kekek mak iloi2, ikan gelama mak ilai2, lepas senyum kita mengelekek, lepas mengelekek kita mengilai, hish...cam pontianak plak kan? Heee...heee...heee...


17-05-2007, ainezar komen :

ya Allah.. terliur dibuat nya.. nak cari kat area sini.. punye la susah. dah ada resipi nih, buleh la buat sendiri.. tq princess.. :)


17-05-2007, shaliza81 komen :

kalo nak best lagi, masa goreng ikan tuh, pecahkan telur yg macam kita buat telur dadar tuh..ade bawang smua2 lah..best tau..kurang skit masinnya..


15-06-2007, Nurcahaya komen :

sedap rpenya ikan ni yek. wlupn bau bacin sikit. pertama kali aku mkn aku x ske dan aku masak dg cara buang beras dia pas2 cuci lame2. tp masa adik aku bwk dari kdh dan dia bg mkn sdp lak. rpenya beras dia la yang menyedapkan ikan 2. br mggu lps aku borong ikan ni kat kedah. btlke ye org kate ikan ni mkin smpn lame mkin sdp? klu mcm tu blh aku smpn lame skit.


15-06-2007, Nurcahaya komen :

ada sesapeke yg blh ajar aku cara msk ikan ni. aku sbnrnye xtau msk dia yg plg sdp cmne. aku tau gorengje.aku skg ni dh kemaruklak mkn ikan ni. hari2 aku goreng.letak ajinomoto skt


03-12-2007, sweethoney komen :

memang dah lama honey cari resipi ni...dapat juga akhirnya tq princess...mesti cuba ni.


17-09-2008, maya2u komen :

princess.... ikan terubuk agak2 boleh tak?


17-10-2008, liela_n9 komen :

sedapnya..ni la makanan yang diidamkan semasa mengandung...kalo mak masak ikan nih tak payah goreng..tumis bawang merah,putih & cili...letak santan pekat sikit .. tak tersasa masin sgt.sedapnyer selera makan mase tu..baunya menusuk...teringin la plak..


09-01-2009, iche komen :

sdp...


08-01-2011, zilla komen :

seronok sgt sbb dah lama cari resepi ikan pekasam ni. mesti try ni. kami anak beranak semua suka, especially hubby. x pyh dah nak ke utara kalau nak makan ikan pekasam.thanks so much princessharyati.


23-01-2011, darenza komen :

selain goreng ikan pekasam di kalau dipanggang dalam daun pisang pun sedap. letak bawang putih,bawang merah,cili api daun kunyit atas ikan pastu balut dan panggang........mmmmmmm memang sedap makan nasi panas2..


02-08-2011, kaknor_btho komen :

atooooiii... bulan posa ni..dok baca komen hangpa..terliur jaa....


06-12-2011, nasirjoran komen :

nak cubalah resepi yg ne plak hehehe(peminat pekasam)


18-12-2011, ctshahri komen :

banyak jugak cara masakan ikan pekasam ni yer.....ingat kan goreng jer..


18-01-2012, KING APAM komen :

Asalamualaikum 'ya ahlil baith', gua 1stime makan ikan pekasam mak gua masak terus terang takleh trima tekak ni, tapi bila princess dah bagi proses dan resepinya nampaklah kelogikan rasa enak dan kesedapan ikan pekasam ni, insyaallah gua akan terus mencintai resipi warisan rumpun nusa melayu..thanks princess haryati may allah bless you..amin..


18-01-2012, KING APAM komen :

Asalamualaikum 'ya ahlil baith', gua 1stime makan ikan pekasam mak gua masak terus terang takleh trima tekak ni, tapi bila princess dah bagi proses dan resepinya nampaklah kelogikan rasa enak dan kesedapan ikan pekasam ni, insyaallah gua akan terus mencintai resipi warisan rumpun nusa melayu..thanks princess haryati may allah bless you..amin..


18-09-2013, amauni komen :

assalam kak.. masa biarkan semalaman dngan garam tu..perlu ke msukkan dlm peti sejuk?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu