Google+

oleh: moonbz Nasi Ulam Utara

Gambar_nasi_ulam_utara

Resipi Tok Dah


Created on : 10-01-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi moonbz




Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • Bahan utama: 2 cawan beras ditanak mjadi nasi (bila nasi dh masak, gaulkan dgn sedikit garam)
  • Bahan A: Ulam-ulaman Beberapa helai ulam-ulaman berdaun spt daun gajus, putat, mengkudu, kaduk , kunyit, selom, daun sekentut, pegaga, ulam raja, dll (yg mana anda suka dan senang dapat)
  • Beberapa batang kacang panjang, kacang botol@kacang kelisa
  • 4 ulas bawang merah (kecil)
  • Bahan B: 2 batang serai
  • 2 biji cili padi
  • 1 inci lengkuas muda
  • 1 inci halia muda
  • 1 sudu teh lada hitam (biji) atau 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Bahan C: 1 keping isi ikan talang kering@ikan kurau kering - direndam dan digoreng garing
  • 1 cawan kelapa putih parut - digoreng keemasan

Cara-cara

  1. Mayang halus ulam-ulaman bahan A. Potong nipis kacang panjang dan kacang botol@kacang kelisa.
  2. Tumbuk bahan B dengan lumat. Tumbuk bahan C. Kelapa goreng tu jadikan serbuk jgn smpai pecah minyak pula.
  3. Satukan kesemua bahan A, B dan C bersama nasi ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan perasakan dengan garam.
  4. Sedia dimakan bersama sayur keladi.








Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscf6849
16-04-2011
1st time. teruja sgt nak cuba how it taste. ulam yg sy guna lemuni ungu, selasih, kesum, mata ayam dan timun je. baunya menyengat...pasti sedap.. tq
Laporan oleh: CheqSueCommot

tq CheqSueCommot kerana mencuba..bole jadi menantu kesayangan ni..


Komen (12)

10-01-2011, julia mustafa komen :

kenapa tak boleh klik nak tengok bahan?


10-01-2011, thumbelina komen :

amboihhhhh...terliuq cek tgk aiiihh....


10-01-2011, moonbz komen :

1st time load nih... nape bahan xleh klik...


10-01-2011, miaayuni komen :

sedapnye,ble tnye tk moonbz ikan talang ikan kurau tu ikan masin ke....


10-01-2011, alinah83 komen :

mcm sedap je nak try wat tp rase xjelas sngt tang ikan tu ikan biase or ikan masin


10-01-2011, moonbz komen :

ikan talang masin @ ikan kurau masin..goreng dulu yaa..tumbuk lumat2..


10-01-2011, moonbz komen :

Bahan A: Ulam-ulaman Beberapa helai ulam-ulaman berdaun seperti daun gajus, putat, mengkudu, kaduk, kunyit, selom, daun sekentut, pegaga, ulam raja dll (yg mana anda suka dan senang dapat) Beberapa batang kacang panjang, kacang botol @ kacang kelisa 4 ulas bawang merah Bahan B: 2 btang serai 2 biji cili padi 1 inci lengkuas 1 inci halia 1 sudu teh lada hitam Bahan C: 1 keping isi ikan talang kering @ ikan kurau kering – digoreng 1 cawan kelapa putih digoreng keemasan Cara: 1. Mayang halus ulam-ulaman bahan A. Potong nipis2 kacang panjang dan kacang botol @ kacang kelisa. 2. Tumbuk bahan B dengan lumat. 3. Tumbuk bahan C. (Tumbuk kelapa goreng menjadi serbuk) 4. Satukan kesemua bahan A, B dan C di dalam mangkuk besar berisi nasi. Perasakan dengan garam. 5. Siap dihidangkan bersama sayur keladi. Amalan untuk awet muda dan balik untuk kesihatan.


10-01-2011, moonbz komen :

kalau ada mak yg nak cari menantu tu ...ni dia...cheq dh pandai gaul nasi ulam..


10-01-2011, fiza bunfiz komen :

mmg best mkn nsi ulam ni..tingat nasi ulam mak buat..pehhhh...layannnn...........


10-01-2011, pulut sekaya komen :

lama dah tingin nk mkn nasi ulam ni tp xreti buat.terliurrr


11-01-2011, moonbz komen :

ok resipi yg siap diedit. Selamat mencuba...


26-02-2011, anios komen :

tul tu moonbz syg oii.. kalau wat nasi ulam ni mmg tersangat terliur d wat nyer.. pekana dgn telor asin dan ikan keli msak asam rebus campur lak dgn ubi keledek sayur keladi nyam nyam.. teringat arwah abah ajin membuat bagi sekeluarga makan..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu