Google+

oleh: dee iman ^ Karipap Daging / Ayam

1_1041

sangat mudah + sangat sedap! resepi daripada ibu... ^_~


Created on : 07-01-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dee iman




Bahan-bahan ( 6-8 orang makan )

  • Bahan Doh:
  • 。 500g tepung gandum
  • 。 4 sudu besar marjerin / butter (dipanaskan)
  • 。 4 sudu besar minyak masak (dipanaskan)
  • 。 8 sudu besar air
  • 。 2 cubit garam
  • 。 1 biji telur
  • Bahan Inti:
  • 。 2 cawan daging / ayam (cincang halus atau beli je daging kisar)
  • 。 3-4 biji ubi kentang dipotong dadu 1cmX1cm (bergantung kepada saiz. karipap ni tak banyak kentang. daging / ayam yang lebih)
  • 。 sedikit lobak merah (jika suka)
  • 。 sedikit daun sup (dikerat halus) dan daun bawang / kucai (dikerat 1 inci panjang)
  • 。 3-4 biji cili api dicincang halus (jika mahu pedas)
  • 。 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 。 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 。 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 。  garam secukup rasa
  • 。  air secukupnya

Cara-cara

  1. masukkan kesemua bahan doh ke dalam home bakery / breadmaker. atau uli dengan tangan sehingga doh mudah dicanai dan dikelim.
  2. rebus daging bersama rempah sehingga masak (masukkan air sehingga daging tenggelam. air jangan banyak supaya mudah kering).
  3. masukkan ubi kentang dan bahan-bahan inti yang lain. masak sehingga kering dan dibiarkan sejuk.
  4. setelah inti sejuk, bolehlah doh dicanai, diletakkan inti dan dikelim. goreng dalam minyak terendam yang kurang panas sehingga kekuningan.
  5. *** pastikan api dapur perlahan dan minyak tidak begitu panas untuk mendapatkan kulit karipap yang tidak menggerutu.








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (11)

07-01-2011, ShamsiahLaL komen :

wah..mudah lah..nk cuba tq dee


07-01-2011, dee iman komen :

memang senang sangat nak buat. rase daging pon kawww! hehe.. tp xley wat slalu.. bankrupt nt ;p


07-01-2011, satura komen :

tah yah masuk rempah kari ke


08-01-2011, dee iman komen :

@satura: tak payah.. kalo rempah kari tu da biase sgt.. cube yg ini.. mmg lain dr yg lain.. sedap.. ;)


08-01-2011, acha komen :

nk try lh buat inti keripap ni coz slalu nya guna serbuk kari kan..yg ni lain ckit...


09-01-2011, dee iman komen :

try la.. mmg sedap.. xckup 1 pinggan sorg.. hehe..


04-02-2011, ameizafm komen :

apa perbezaannya jika doh diletakkan telur dan tak diletakkan telur?


08-02-2011, dee iman komen :

oh,itu sy xpasti pula.. tp yg pasti,letak telur lebih sedap drpd xde telur..


04-08-2011, sarimah@as komen :

nak try la ptg ni.slalu tu buat inti ubi keledek masuk serbuk kari..ni lain skit.hrp2 menjadi dan sedap...


05-08-2011, sarimah@as komen :

tq dee iman unt resepi ni.mmg sedap...sy dah try unt berbuka td.tak rugi mencuba...lps ni blh wat slalu coz anak2 pun suke


03-06-2012, Akira Yasahiro komen :

terbaik~


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu