Google+

oleh: dee iman ^ Chicken Chop Simple

Cc

mudah disediakan. ubahsuai resepi drpd rakan2 myr yg lain...


Created on : 07-01-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dee iman




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 。 4 keping ayam boneless (peha)
  • 。 minyak masak goreng terendam
  • Bahan perap:
  • 。 1/2 inci halia ditumbuk
  • 。 1 sudu kecil serbuk bawang putih / 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 。 1 sudu besar sos tiram
  • 。 1 sudu besar madu
  • 。 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan putih
  • 。 1 sudu kecil garam
  • Tepung untuk menggoreng:
  • 。 6 sudu besar breadcrumb
  • 。 3 sudu besar tepung gandum
  • 。 1/2 sudu besar serbuk kari daging
  • 。 1/2 sudu kecil garam
  • 。 1 biji telur
  • Bahan sos black pepper:
  • 。 3/4 cawan air
  • 。 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 。 1/2 biji bawang besar
  • 。 1 1/2 sudu besar lada hitam biji
  • 。 1 sudu besar sos tiram
  • 。 2 sudu besar kicap pekat
  • 。 1/2 kiub pati ayam
  • 。 2 sudu besar butter
  • 。 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh
  • 。 garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. potong sekeping ayam kepada 2 bahagian (atau tak payah potong. ikut suka masing-masing). bersihkan ayam.
  2. campurkan kesemua bahan perap dengan ayam dan perap sekurang-kurangya 3 jam. seeloknya semalaman.
  3. campurkan kesemua bahan tepung untuk menggoreng kecuali telur.
  4. pecahkan telur dan pukul sedikit. celupkan ayam yang telah diperap ke dalam telur.
  5. kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung untuk menggoreng.
  6. goreng ayam dalam minyak terendam sehingga masak (coklat kekuningan). tuangkan sos black pepper ke atas ayam dan hidangkan.
  7. SOS BLACK PEPPER: tumiskan bawang putih dengan butter sehingga wangi. masukkan bawang besar dan lada hitam biji yang telah dikisar. tumis lagi sehingga pecah minyak. masukkan sos tiram, kicap pekat, kiub ayam, air dan tepung jagung. masak sehingga kuah pekat.









Laporan Masakan Bergambar (1)

Photo0220
17-12-2011
baru wat ari ni, makan western lah pulak
Laporan oleh: ishawaty

Komen (13)

07-01-2011, dee iman komen :

nampak bahannya macam banyak tapi mudah je...


07-01-2011, satura komen :

nampak macam sedap je. kena cubalah


07-01-2011, azie asren komen :

Hmm, menariknye... Nk try ar nti...


08-01-2011, dee iman komen :

@satura: mmg sedap.. tp dgn syarat kene perap lame sikit ye.. 1 mlm ke.. ;)


08-01-2011, dee iman komen :

@azie: menarik2 & mudah untuk dibuat.. sile la cube ye.. jgn lupe anta report.. ^_~


21-01-2011, nurerina komen :

kenapa ayam kat kedai tu nampak keemasan ja.....ada tak ayam yg tak payah perap lama


27-01-2011, dee iman komen :

tgk pd jenis breadcrumbs yg dgunakan.. ade breadcrumbs warne oren. so, kalernye lebeh keemasan.. sy gne breadcrumbs biase wane putih je.. ;) kalau xnak perap lame pon boleh.. perap tu utk isi ayam lebih sedap..


25-04-2011, Honey liena komen :

yumm..yummm...


14-06-2011, apa ajelah komen :

istimewa,bersama nasi.tak pernah jumpa lagi...


01-08-2011, cutemimi komen :

nampak resepinya macam mudah... mesti kena cuba ni....


06-10-2011, john jr komen :

em bru saje try ciken chop nih td.. pehhhh mantap... knyang gle d wat nye... siap dgan coleslaw n cheezy wedges.... ^_^


11-11-2011, maizza komen :

hurmm sdap glerrr


16-01-2012, salina5328 komen :

first time nak cuba..mudah-midahan jadi....amin


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd