Google+

oleh: dee iman ^ Ayam Madu (goreng)

1_1072

sangat mudah + sangat sedap!


Created on : 06-01-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dee iman




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 。 4 keping ayam boneless (peha)
  • 。 minyak masak goreng terendam
  • Bahan perap:
  • 。 2 sudu besar sos tiram
  • 。 2 sudu besar kicap pekat
  • 。 3 sudu besar madu
  • 。 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam dan putih
  • 。 1 sudu kecil garam
  • 。 1 sudu kecil serbuk bawang putih / 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 。 1/2 inci halia ditumbuk halus
  • 。 1 sudu kecil serbuk cili (kalau nak pedas)

Cara-cara

  1. potong sekeping ayam boneless kepada 2 bahagian dan cuci bersih.
  2. gaulkan ayam dengan bahan perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sedap semalaman di dalam peti ais.
  3. goreng di dalam minyak terendam sehingga garing.
  4. air lebihan perap dimasak sehingga pekat (boleh dicampur sedikit tepung jagung) dan dijadikan sos.








Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc05276
07-01-2011
mmg sedap.....sy goreng x lama takut t jd keras...lain kali klu ada sdara mara dtg nk buatlah
Laporan oleh: ibu darwisya

tq krn mencube.. ;)


Komen (5)

06-01-2011, Isyah komen :

yummy....


06-01-2011, dee iman komen :

memang yummy! my husband sgt2 suke ayam ni.. makan panas2 dgn sambal belacan lg sedap..


16-01-2011, amy fatimah komen :

ni boleh makan ngan nasi ayam...cuma buat la sup sikit..memang sedap punyee


17-01-2011, dee iman komen :

haah.. mmg pon sedap dmakan dgn nasi ayam.. + nasi ayam + sup + sambal skit.. ;)


05-04-2011, hanie ikram komen :

yummy..xsbar nk mncba..nla tgk picture ni pn air liur dah nk kluar dri mlut..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu