Google+

oleh: Mat Gebu Nyonya Laksa

Step_by_step_065

Dari dapur peranakan cina selat


Created on : 06-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 bungkus mee laksa kering, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak makan.
  • 1 biji timun, diracik halus
  • Segenggam daun kesum, dimayang
  • 10 biji limau kasturi, dibelah dua
  • 5 biji cili merah ditumbuk dgn 1 inci belacan bakar hingga lumat
  • Isi kerang dan udang rebus serta taugeh secukupnya
  • BAHAN2 UNTUK KUAH:-
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair (perahan kedua)
  • 5 biji buah keras*
  • 5 batang serai*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 15 ulas bawang merah kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci belacan, dibakar*
  • 12 tangkai cili kering, potong dan celur dgn air panas, toskan*
  • 1/2 camca teh lada sulah*
  • 1 camca besar serbuk ketumbar*
  • 50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
  • Segenggam daun kesum
  • 3 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 3 ekor ikan kembung besar, kukus dan ambil isinya, hancurkan
  • 10 biji tauhu "pok", dipotong dua
  • 2 keping "fish cake", dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Dalam periuk, panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.
  2. Bila mendidih, masukkan isi ikan, daun kesum, bunga kantan, asam gelugor, fish cake dan tauhu pok. Biarkan menreneh kurang lebih 20 minit. Masukkan pati santan dan perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mereneh pada api perlahan utk 10 minit lagi, sambil dikacau selalu. Matikan api.
  3. CARA MENGHIDANG:- Dalam mangkuk, bbuh mee laksa, diikuti taugeh dan timun, curah kuah, bbuh bahan2 sampingan lain seperti sambal belacan, limau, udang/kerang dan taburkan dgn hirisan daun kesum.

Tag










Laporan Masakan Bergambar (1)

Mee_001
03-11-2008
Sedap, dan ada keistimewaan tersendiri. Thanks Mat, akhirnya dapat juga saya makan laksa nyonya ni :)
Laporan oleh: Mummy7857

Komen (7)

06-03-2007, umi_e komen :

my fav ni cik mat!!!! masalahnya tak cukup bahan ramuan kalau nak buat but still boleh try tanpa daun kesum dan bunga kantan... yang lain isnyaallah ada frozen stock... tapi umie biasa makan dgn mee kuning juga tau cik mat... Thanks ya!


06-03-2007, Mat Gebu komen :

welcome umie......mat suka makan dgn kuey teaw....nampak macam complicated tapi senang cuma bhn2 tu jelah byk skit....


06-03-2007, akak noor komen :

waaaaw... laksa........yg ni ...akak dok cari......awat mat lambat keluarkan resipi ni....nak cuba buat lah...tq mat


06-03-2007, Nong komen :

Uuii..laksa nyonya la..ee..dah terasa2 keenakannya..mesti power laksa Mat ni..cuti ni bolehlah cuba.


06-03-2007, princessharyati komen :

mat kan org johor.. ajarlah pulak nasi berani gam.. mesti best punya..


06-03-2007, Mat Gebu komen :

Nasi beriani gam...hmm lom menuntut lagi dgn "sifu' dia, nantilah kalau dipanjangkan umur insya allahh....bila sebut beriani gam, dulu mat tak nak makan sebab ingat mereka masak nasi berani gam guna "gam" basikal.....hahah punya lah bengap....rupanya perkataan "gam" tu cuma adunan tepung di tampal sekeliling tudung periuk......


01-09-2008, Bunga Sari komen :

terima kasih untk resipi ni dah lame anak aku nk makan laksa nyonya.....hujung minggu ni blhlah aku masakkan


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd