Google+

oleh: mass80 Kuih Limas

Dsc02027

lebih kurang mcm tepung pelita, tapi menggunakan tepung gandum dan dikukus...sedap dimakan bila2 masa....


Created on : 30-12-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mass80




Bahan-bahan ( 14 bekas )

  • Bahan untuk lapis bawah ( HIJAU ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan dan sedikit pewarna hijau
  • 7 sudu besar tepung gandum
  • Cara : - Kisar daun pandan dengan santan cair dan tapis, masukkan tepung gandum dan tambah warna hijau jika perlu dan kisar lagi untuk sebatikan. Ketepikan.
  • Bahan untuk lapis atas ( Putih ) :
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 - 3 sudu besar tepung gandum
  • teh garam secukup rasa
  • Cara : - Kisar semua bahan untuk sebatikan dan ketepikan. ( Jika tak guna pengisar untuk sebatikan, adunan perlu ditapis supaya tak berketul.)
  • *******Gula pasir secukupnya untuk dijadikan lapisan air gula.

Cara-cara

  1. Panaskan pengukus .
  2. Letakkan 1 sudu kecil gula pasir dalam bekas acuan dan tuang adunan lapisan bawah ( WARNA HIJAU ). Agak2 setengah bekas. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana .
  3. Kemudian tuang adunan atas ( PUTIH ) dan kukus lagi selama 10 minit. Sedap dimakan ketika panas atau sejuk.

Tag

kuih

Related Recipes

Laporan Masakan Bergambar (2)

240120111360
25-01-2011
Tak de daun pisang jd buat dlm bekas lep lep kaler ijo pucuk pisang. Buat utk minum petang smlm . terima kasih mass.
Laporan oleh: baya74

perhhh..cantik lak limas dalam bekas love tu....maceh baya sudi memcuba...

2013-10-19_13
20-10-2013
tqvm for the resepi...sy letak 3sb gula sb suka manis n bekas tu agak besar
Laporan oleh: idzaereynee


Komen (10)

30-12-2010, nurizatti komen :

Nnt kite cube & antar laporan ye...


30-12-2010, syuji_kyoko komen :

mcm kuih lompat tikam je yg org pantai timur dok buat...... sebijik....


30-12-2010, mass80 komen :

selamat mencuba nurizatti..nnti anto laporan tau....


30-12-2010, mass80 komen :

yer ke syuji..klu tak silap mas, lompat tikam tu ada pulut merah dan air gula merah......klu lebih kurang macam kuih tepung pelita..betul la...


01-01-2011, hasiah63 komen :

salam mass80. Slmt Tahun Baru d ucapkan. Akak dah pun buat kuih ni. mjadi le.Sdap sngat.Tpi x smpat nak ambil gmbar.Blik dri skolah tngok dah abis. Dpat ckit je sbab gna cup bsar. Cup kcil dah abis.Nnt wat lain akak msukkan gmbar.


01-01-2011, mass80 komen :

slmt tahun baru kak hasiah...wah, dah buat yer kak..sedapp kan....budak2 memang suka kuih mcm ni kak....tak pe, lain kali akak buat akak anto gmbr yer....maceh yer kak sudi mencuba...


08-01-2011, Virus komen :

dah lama nk try wat kuih ni tp x reti nk anyam daun pandan jd 4 segi.thanks 4 idea....


12-01-2011, ju_lie004 komen :

nie mcm bubur sum- sum tue ke..


12-05-2011, robiita9 komen :

npak mcam sedap..je..nti akak nk cuba wt..


02-08-2011, eyra/din komen :

keta nk cuba le....la nie nk cari daun pusang susah...dok kat pekan....dh coba keta antar laporan yeeee


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd