Google+

oleh: yani Roti sandwich

Rotisandwich

roti bentuk sandwich. Intinya boleh dipelbagai mengikut citarasa sendiri. Sesuai juga dijadikan sebagai roti burger


Created on : 05-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yani




Bahan-bahan ( 5 biji )

  • 130ml air
  • 175g tepung roti warna putih
  • 25g tepung roti warna perang
  • 3g butter
  • 10g gula
  • 12g mentega
  • 3g dry yeast
  • *sedikit butter utk sapu

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting untuk doh.
  2. Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 5 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
  3. Rotisandwich3
    Ambik sebiji, tumbuk-tumbuk untuk keluarka angin. Canaikan seperti dalam gambar. Kemudian sapukan butter ditengahnya.
  4. Rotisandwich4
    Lepas tu lipat roti kepada dua. Ulang sampai habis.
  5. Rotisandwich2
    Kemudian penaikkan sehingga dua kali ganda atau selama lebih kurang 30 minit.
  6. Rotisandwich1
    Bakar dengan suhu 200C selama 10 minit. Beginilah rupa roti setelah siap dibakar
  7. Sandwich1
    Roti ni sesuai di isi dengan apa saja yang disukai.. mengikut selera masing-masing. Makan dengan aiskrim pun sedap..
  8. Sandwich2
    Sedap juga dimakan dengan salad + cheese
  9. NOTE: Texture roti ni kasar sikit sebab guna tepung warna perang. Kalau tak suka boleh guna semua tepung warna putih.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (3)

Step_by_step_066
06-03-2007
Terima kasih "Yani" dan terima kasih juga pada my "Breadmaker".....hehehehe
Laporan oleh: Mat Gebu

waa.. dah cun tu roti mat..

Roti
05-02-2009
guna 200g tepung roti biasa + 130ml fresh milk
Laporan oleh: yani
Beger
05-02-2009
yeaaa yeaaa jadik buat! ehehehe...tkde BM la kak...kudrat tangan jerk! tp bestttt! tQ k.yani! heeeee.....
Laporan oleh: hana6877

Hana.. akak tak guna BM tp guna FP .. ehehe nak cepat.



Komen (9)

05-03-2007, Ringo komen :

adeh!! menggoda sungguh. hari-hari belek myresipi ni, macam-macam nak buat. hubby kata "yokubari". ahahaha


05-03-2007, akak noor komen :

lama akak x buka ruang ni......akak baru balik kursus seminggu.....mcm2 resipi dah keluar....semuanya mengancam.....tapi yg ni lagi menawan...nampak comel..........


05-03-2007, Nong komen :

Yani..tpg roti tu boleh ganti dgn tpg gandum tak?


06-03-2007, Mat Gebu komen :

yani....macam kerang lah roti sandwich u...good idea...roti biasa tu kalau buat sandwich nampak biasa2 je kan, yg nie lain skit....nasib baik ada breadmaker, leh buat.....but yani...hehehe sekali imbas macam gg palsu lah rupa dia (cuma gg je yg tak de)....sorry!! gurau je.


06-03-2007, princessharyati komen :

excellent lah yani..


06-03-2007, Mat Gebu komen :

yani tepung warna perang tu, tepung yg kaler perang ke atau tepung whole meal yg ada serat kat dalam dia?


07-03-2007, yani komen :

alamak.. sorry mat, sibuk sesangat akhir2 ni.. betul lah tu mat.. tepug yg ada serat tu..


05-02-2009, hana6877 komen :

k.yani.....tQ tQ! hikhikhik..........


24-02-2011, eden jul komen :

wawawa..mcm sodap je..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd