oleh: ju_lie004 Kuih Naga Sari

Img_1211

Resepi paling mudah tanpa menggunakan daun pisang. Tapi lebih sedap lagi jika dibungkus dengan daun pisang.


Created on : 16-12-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ju_lie004




Share


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 10 ulas pisang nangka (Dipotong serong)
  • 1 bungkus tepung beras (500gm)
  • 1 biji kelapa parut (siap diblender dan ambil santan cair/pekat dlm 400ml)
  • 500ml air (secukupnyer)
  • 2 sudu garam
  • 4 sudu gula pasir
  • 5 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Salutkan gula pasir bersama pisang yang telah siap dipotong secara menyerong.
  2. Bancuh tepung beras bersama dengan air dan garam
  3. Sediakan periuk yang sesuai bersama dengan air sebanyak 500ml
  4. Selepas air mendidih masukkan tepung yang telah dibancuh sedikit demi sedikit bagi menggelakkan tepung bergentil, sambil mengacau senduk tanpa henti. (Bacuhan tepung yang dimasak hendaklah tidak terlalu lembik/cair. Jika pekat masukkan air untuk mencairkan.
  5. Akhir sekali masukkan santan yang telah siap. (Masakkan ini adalah sama seperti membuat bubur sum-sum atau puding jagung
  6. Biarkan sehingga tepung masak sehingga tanak. Kacau jgn berhenti bagi mengelakkan ia hangus/garing dibahagian bawah..
  7. Masukkan daun pandan sehingga layu dan baleh diangkat daripada periuk
  8. Panaskan periuk kukus. Sediakan mangkuk tapau jernih, letakkan selang seli dengan dilapiskan pisang nangka yang telah disalut dengan gula pasir. Kukus sehingga pisang tadi masak. Sedia untuk dihidang..selamat mencuba


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

03-10-2011, aznorn@yahoo.com komen :

kalau guna daun pisang mcm mana pula?


03-10-2011, Mr nice guy komen :

boleh ni,,,,kuih lama ni,,,


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu