oleh: hasiah63 KUEY TEOW

Dsc00159

memerlukan kesabaran serta kekuatan tgn utk mengulinya, hasilnya cukup puas hati dpt buat sndri . . =D


Created on : 15-12-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hasiah63




Share


Bahan-bahan ( anggaran 1 kg - 1 1/2 kg )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan air ( sy tambah 3 sudu air lg )
  • 1 biji putih telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung gandum ( utk disapu )

Cara-cara

  1. Tepung gandum dan tepung beras digaul mesra.
  2. Putih telur dipukul sekejap, kemudian masukkan ke dalam campuran tepung tadi.
  3. Tuangkan air yang bercampur garam, uli sebati.
  4. Jika adunan susah untuk diuli, tambahkan 3 sudu air lagi. Uli sehingga menjadi doh yang licin.
  5. Bungkus dengan plastik, simpan selama 10-15 minit.
  6. Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil, bentukkan memanjang.
  7. Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing), buat hingga selesai.
  8. Gelek pula no.05 kemudian pada no.03. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
  9. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat kuey teow.
  10. Celurkan kuey teow ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
  11. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
  12. Toskan sekejap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuey teow.
  13. Untuk melihat gambar langkah demi langkah dengan lebih terperinci, boleh terus ke link ini. http://hasiahhashim.blogspot.com/search/label/mee%20kuning
  14. Cara buat kuey teow ni lebih kurang macam cara membuat mee kuning, bezanya adunan kuey teow lebih keras sedikit berbanding adunan mee kuning.
  15. Klik untuk isi cara-cara di sini

Tag

kuey teow


Laporan Masakan Bergambar (2)

22122010374
22-12-2010
tadaaa....buat td,berpeluh jgk la...tp puas hati..byk pulak tu...tq kak hasiah
Laporan oleh: kamal77

sma2 kasih, nmpk cntik dr kak siah buat la . . hai smpai b'peluh2, x mnitik msuk ke dlm tpung kue teow 2? haha, btw thnx sdi cba ye . . =)

Img_1946
15-02-2011
lps buat mee kuning, buat kuey teow pula. siksa juga, tp puas hati. dah setahun x makan kuey teow...hilang rindu. goreng pagi td u hubby bw ke ofis u kwn2 yg sama2 lama x jumpa kuey teow. terima kasih kak...
Laporan oleh: ctzai

Komen (13)

15-12-2010, akma_4th komen :

kak, sy nak buat la nnti kat rumah sepupu. dia ada mesin tu... klau dpt buat, mesti bangga la...


15-12-2010, kakbesah komen :

syabas hasiah kerana menepati janji nk letak cara membuat kuey teow dlm myr ni. insyaallah akak akan cube bila anak2 berkumpul di rumah.


15-12-2010, hasiah63 komen :

akma_4th~ hehe msti la bangga klau da m'jd nnt, tp jgn lpa hnta sepinggan ye . . =D


15-12-2010, hasiah63 komen :

kakbesah~ jnj msti d tpati, trima ksih krna sdi mnunggu rspi kuey teow sy nie . . ^_^


15-12-2010, kamal77 komen :

nk try la esk,smlm ade beli kerang,blh buat char kue teow ni


15-12-2010, hasiah63 komen :

kamal77~ hehe smoga b'jya, sok da buat pos la kn gmba ye . . ^_^


24-12-2010, sha ridha komen :

kat mana nak beli mesin buat kuew teow or mee ni...mesin yang sama kan??tq sudi menjawab...


27-12-2010, lia83 komen :

terima kasih akak, saya org baru masuk,dah cuba kuey teow ni,jadilah.. memang berpeluh dibuatnye..tapi tak sempat nak letak gambar..kak mcm mana nak buat kuey teow tu banyak dlm 5kg mcm tu?


31-12-2010, lia83 komen :

kenape tak jawap..hu.hu..nak tanya lagi macam mana mee tu colour putih?kenape saye buat lebar dia kecil aje?mesin yg sama buat pasta tu....,,.


02-01-2011, hasiah63 komen :

maaf, akak jrang bkak da skrang . . tgh sbuk . . klau 5kg, lia darab kn je la adunan jd 5 . . mee?? ke kuey teow nie lia?? klau mee, mmg kuning n klau kuey teow mmg putih cz kuey teow x gna kn pape pwrna . . jd kcil?? lia gna tmpt gelek mee atau kuey teow?? klau tmpt mee pnya mmg jd lbar die kcil2 tp klau tmpt kuey teow pnya jd lbar2 ckit cm pe yg lia nmpk lam gmba 2 . . BACA STEP NO.7, NO.8 N NO.9 . . .


20-02-2011, ctzai komen :

maaf ya kak hasiah, Lia...rasanya nasib Lia mgkn sama dgn sy. kuey teow tu x putih melepak mcm yg kita beli. mgkn sbb jenis tepung gandum...pada firasat sy lah..sy x tggl di malaysia, kat tmpt sy ni, tepung gandum x berapa putih. rasanya tu yg Lia maksudkan, klau sy x salah la...lagi satu, size kuey teow, x lebar. rasanya jenis mesin juga...ada made in Italy, China..lain x tau la. kuey teow yg sy buat pun x lebar sgt...mcm kuey teow penang (yg selalu org buat char kuey teow)...tp x apalah..apa2 pun, kuey teownya jadi & rasanya mmg kuey teow lah...


07-04-2011, Puteri_Aurora komen :

mcmana yer klu nak wat kuey teow kecik² tuu. nak kena guna mesin yg buat mee ke ? kang jd bulat mcm mee pulakk


08-04-2011, hasiah63 komen :

salam Puteri_Aurora, klu nak buat kuey teow, guna lah kat mesin yang buat kuey teow, ianya x akan jdi bulat mcm mee. kat mesin tu ade satu utk mee satu utk kuey teow


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu