Google+

oleh: nim 'cheese cake' tanpa tepung

Cake_mama

lebih sedap jika disejukkan dlm peti ais terlebih dahulu...


Created on : 11-12-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nim




Bahan-bahan ( sebiji kek )

  • a)LAPISAN CHEESE
  • 250 g soft cheese
  • 90 g gula kastor
  • 250 ml whipping cream (cecair bukan yg. spray dlm. botol)
  • 1/2 sudu teh nescafe (optional/pilihan)
  • b)LAPISAN CHOCOLATE CAKE
  • 125g serbuk koko (di ayak)
  • 2 titik esen vanilla
  • 200g gula caster
  • 6 biji telur (saiz sederhana)

Cara-cara

  1. a)UTK LAPISAN CHEESE Pukul whipping cream hingga menjadi agak kental (tidak lagi meleleh)..(guna mixer elektrik lebih cepat) masukkan soft cheese, serbuk nescafe dan gula (gaulkan hingga sebati guna senduk ) ...ingat..!! lapisan cheese ini tidak di bakar...!!
  2. b)UTK CHOCOLATE CAKE 1.asingkan telur kuning dan telur putih 2.masukkan telur kuning, gula caster dan serbuk chocolate yg telah diayak ke dalam mangkuk..kacau hingga sebati 3.pukul telur putih hingga menjadi kembang dan kental ('stiff peaks' ) 4. masukkan campuran (2) ke dalam telur putih yang telah dipukul (3)..kacau hingga sebati guna senduk jer.5. bakar selama 20-25 mt pada suhu 170C. (...jika nak buat dua lapisan bolehlah di potong kepada 2 bahagian..atau berapa bahagian yg disukai...peringatan..kek ini cepat masak...jgn lebih masa takut hangus....)masa juga bergantung jenis oven yang digunakan.cucuk dgn lidi kalau tak melekat bmakna sudah masak..
  3. bila dah masak bahagian chocolate ni..biar sekejap hingga hilang panasnyer...kemudian lapiskan dgn lapisan cheese tadi. PERINGATAN: hanya lapisan chocolate cake saja yang di bakar di dalam over...lapisan cheese tidak di masak..) sekian selamat mencuba..nampak remeh tapi sebenarnyerr senang jerr...:))
  4. ANDAINYA..malas nak buat kek..boleh beli jek plain cake dr kedai dan lapiskan 'adunan cheese' kat atas ni...hiaslah dgn strawberry kerr atau apa apa yang seswai....selamat mencuba...!!
  5. Klik untuk isi cara-cara di sini








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

11-12-2010, mommyvogue komen :

nmpak sedap dan cam mudah je kn...lg pun kak liza mmg suka mkn kek2 ni..mmg ptt try la nmpak nye..terima kasih nim..=)


11-12-2010, snj komen :

wow..look nice n yummy..p blh x wat lam cupcakes??.oh ya saiz loyang pmbkar tu??


11-12-2010, norizan88 komen :

mmm........nampak sedap bangat!ni mesti cuba,tapi tak tau lak bila nk stat.kek jenis cheese ni mmg favo my husb.


11-12-2010, emyra komen :

wahh..senangnyerr...


12-12-2010, nim komen :

dalam cup cake boleh...lapis bawah chocolate cake pas tu atas lapisan cheese...cuba la ikut kreativiti snj. ......cuba lah Insyaallah boleh jek...


12-12-2010, nim komen :

saiz loyang tu terpulang...saya buat dalam loyang 4 segi lebih kurang saiz 20x20x10 dan masak 2 kali....tapi kalau nak masak sekali dan potong byk lapis boleh guna loyang yang lebih kecil sedikit dr saiz yg saya gunakan...selamat mencuba..


13-12-2010, qaisya komen :

x pndai sgt bab cheese cake ni...soft cheese tu cream cheese ke?yg lapisan cheese tu kena sejukkan dlm peti ais x?


14-12-2010, nim komen :

qaisya..boleh juga jika nak guna cream cheese..tapi dia agak lembut dan manis.... lapisan cheese tak perlu di sejukkan...lepas siap semua baru masuk dlm peti ais utk sedapkan jek....tapi pastikan whipping cream tu di pukul daripda cecai..menjadi kental dan tidak lagi meleleh..pas tu baru campur campuran cheese dan gula..kemudan gaul rata guna senduk ja...


14-12-2010, nim komen :

sorry...pembetulan..daripada CECAIR hingga menjadi KENTAL DAN TIDAK MELELEH..(salah ejaan siket kat atas tu)


28-01-2011, khaleesh komen :

saya x brapa paham lh cara nk melapis ni,kan yg coklat tu dibakar,so keluar kan dulu dr acuan lah,baru buat lapisan dgn cheese tu lah...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu