oleh: yani Rare cheesecake

Rarecheesecake

nonbaked cheesecake


Created on : 02-03-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 18cm )

  • 100g biskut
  • 45g mentega- dicairkan
  • 250g cream cheese
  • 200g vanilla aiskrim
  • 40ml lemon jus
  • 30g gula halus
  • 40ml susu segar
  • 10g gelatin + 3 sudu besar air
  • *2 biji epal merah
  • *50g gula
  • *3 sudu besar lemon jus

Cara-cara

  1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  3. Campurkan gelatin dengan 3 sudu besar air. Panaskan susu dan gula. Kemudian masukkan gelatin tadi. Panaskan sehingga gelatin cair. Tutup api. Kacau-kacau biar haba panas keluar.
  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan no.3 tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
  6. Lepas tu masukkan pula epal yg telah disejukkan tadi. Kacau biar rata.
  7. Akhir sekali curahkan adunan ke dalam springform pan tadi. Sejukkanlah dalam peti sejuk.
  8. Rarecheesecake1
    Bila kek dah keras tu bolehlah dihias ikut citarasa sendiri.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (4)

03032007_002_1
03-03-2007
sememangnye 'rare' la yani.. lain drpd cheesecake yg lain.. kak zara baru je buat, da tinggal stengah..
Laporan oleh: zara_klate

cantiklah pula tengok cheesecake tu bergaya dgn buah ceri tu.. ;)

Kek_izma_002
03-03-2007
sedap la yani..dan cepat pejal.seronok tak tunggu lama utk mkn.
Laporan oleh: ctjuliez
Rarecheesekek
05-06-2007
saye nak try ikut cara akak hias..tp xjadik..huwaaaa..:(
Laporan oleh: aisya_humaira
Rare
10-08-2007
i memang Apple Lover... best la cheesecake nie
Laporan oleh: ikanpatin

Komen (25)

02-03-2007, yah_geting komen :

Kak Yani,biskut tu nk biskut yg camne..?cracker biscuit or ..?


02-03-2007, ratnamurniwati komen :

aduh...terliur tgk cake ni. nak kena cuba ni. yani, u ni mmg terrer la....


02-03-2007, pijah komen :

yang kaler coklat tu ape?


02-03-2007, seetea komen :

nampak menarik tapi malasnyer nak buat ade jual kat kedai kek tak?


02-03-2007, yani komen :

@yah_geting, biskut cracker ke..marie pun boleh..... >> @ratnamurniwati, try la... >> @pijah, yg panjang2 tu ke?.. kalau yg tu coklat.


02-03-2007, alma komen :

waaahh yani, dah start men-decor cake nmpk :) siap lilit dgn riben! balik mesia sok, leh amik upah wat hantaran kek tunang / kawen nih ^_*


02-03-2007, yani komen :

kak alma, hias simple gini boleh ler.. masih tak berani nak bermain dgn buttercream.. :p


02-03-2007, inaz komen :

yani....ade resepi japanese cheesecake tak ......baked punya...


02-03-2007, yani komen :

inaz... banyak2 resipi cheesecake yg pernah i tengok kat jepun ni tak jumpa pulak yg namanya japanese cheesecake.. emm nanti i try2 cari kot2 ada..


02-03-2007, Lilydvalley komen :

yani, i saw japanese cheesecake in the internet...tapi x minat nak buat, so x print. tak ingat which site..


04-03-2007, Ringo komen :

inaz, you mean this one? http://pennylanekitchen.blogsome.com/2005/06/20/japanese-style-cheesecake/#english


04-03-2007, skyblue komen :

ringo, i dah check website tu, i think that is the one. kat singapore ada jual japanese cheesecake... dia lebih ringgan, tak berlemak mcm cheesecake biasa. taste between sponge cake & cheesecake. i think ada resepi kat sini juga... tapi nama lain je.


07-03-2007, inaz komen :

ringo...thanx lot...finaly dapat jugak resepi dia... kat m'sia ade jual RM12.00 sebiji kecil sangat....skyblue mmg rasa dia soft, gebu & ringgan tak muak kalau mkn banyak. saya penah try soufle cheesecake kat sini lain rasanya tk sama...yani thanx to u jugak kalau tak ada myresepi tak dapat ler bantuan anda semua..gracias2


10-03-2007, pijah komen :

nk tny satu soklan. 10g gelatin tuh kn same ngan bape sudu ek? ;)


13-03-2007, yani komen :

pijah.. lebih kurang 3 sudu kecil(sudu utk sukatan)


13-03-2007, pijah komen :

ari tuh da buat. tup tup jd mcm yogurt lah kak yani. x tau nape. ayah ske mkn sbb dia mmg ske yogurt. tp org lain xbleh mkn. smpi pijah mkn pun sket jer. terus rase xblh telan. nape ek dia mcm x keras.


13-03-2007, yani komen :

pijah.. tu rasanya kurang gelatin.. pijah boh berapa sudu?..


15-03-2007, fizsha komen :

yani,kek ni x bley dibiar lame2 kat luar ke???


29-06-2007, uyoi komen :

yani..kat jepun ni kat mana nak cari gelatine halal?? ingat nak try buat kek ni sbb kat umah takde oven. ada lagi tak resepi kek lain yang tak pyh pki oven?


29-06-2007, yani komen :

uyoi.. saya beli kat halagel.com tu.. bawa dr msia.. err kalau kek tak pakai oven.. boleh try yg kukus .banyak resipi dlm ni yg kukus rasanya.


08-08-2007, ikanpatin komen :

nak tanya... nie guna springform 18cm ek... pastu tepi tepi hias tuh choc stick ekkk...


08-08-2007, yani komen :

yup.. guna yg saiz 18cm. yg tepi tu hias dgn coklat stick... tapi coklat tu jgn tanya boleh beli kat mana.. uhuhu


10-08-2007, ikanpatin komen :

ish ish.... yani... i dah buat kek nie. jadik la... best nye... thanks.... (--,)


05-09-2007, yaim komen :

sdp kek ni... tq... nk tnya sket nape saya buat epal tu jd mendap.. tk mcm dlm gmbr yani pun.... bole tk klu saya kurgkan sket cream cheese tu tnpa kurangkn bhn2 lain ?


09-09-2007, shikinma70 komen :

kak yani, shikin dah cuba wat kek ni sedap tapi biskutnya tak mahu melekat dengan keknya. anyway memang sedap....tq kak yani


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu