Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi spaghetti bolognese dengan bebola daging

 Submitted By On 28 November, 2010
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

masakan italy yang disesuaikan cara buatnya mengikut citarasa orang melayu dan beragama Islam. mengambil masa lebih kurang 45 minit

Ingredients
  • kuah putih : 2 sudu besar mentega 2 sudu besar gandum 200ml susu fullcrean 1/2 sudu teh garam 3 keping cheese
  • 1 paket spahetti kuah merah : 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 2 sudu besar minyak masak 1 tin tomato puree 1 tin cendawan butang 2 biji buah tomato 1 paket daging cincang 400gm 2 sudu teh mixed herb/italian herb (ade dijual antaranya jenama mcco
  • 400gm daging cincang 5 keping roti sanwich 200ml susu 2 sudu besar lada hitam yg ditumbuk 3 ulas bawang putih 3 sudu besar miyak masak. 100gm gandum(1 mangkuk) garam secukup rasa
  • kubis , lobak merah, epal fuji dan mayonis
Instructions
  1. rebus spahetti dan toskan

  2. untuk kuah merah : cincang 3 ulas bawang putih dan 1 labu bawang besar dan tumis menggunakan minyak masak. tambah mixed herb/italian herb dan kacau sebentar. potong dadu tomato dan tumis bersama. seterusnya masukkan tomato puree. kemudian masukkan 1 paket daging cincang (400gm)reneh sebentar tambah garam dan gula(pilihan) akhir skali masukkan cendawan butang yang telah dipotong

  3. untuk kuah putih : cairkan mentega dan masukkan 2 sudu tepung gandum.. kacau rata. kemudian panaskan separuh botol susu full cream (200ml)di atas dapur. bila mendidih, masukkan doh td (tepung+mentega). jika terlalu pekat anda boleh campurkan sedikit air. akhir skali masukkan cheese dan sedikit garam

  4. untuk bebola daging : carikkan 5 keping roti sanwich menjadi kecil2, lebih kurang 2cm persegi dan letakkan dalam mangkuk. kemudian tuangkan separuh botol susu full cream(200ml). biarkan kembang. sementara itu, tumbuk lada hitam dan gaulkan bersama parsley cincang dan 400gm daging cincang di dalam 1 bekas. setelah roti kembang, amil roti(elakkan dari ambil susu bersama tetapi jangan perah roti) gaul bersama daging dan tambah garam secukup rasa. jadikan bentuk bebola kemudian golek dalam mangkuk gandum. pinggan yang digunakan untuk menyusun bebola juga hendaklah ditabur gandum bagi mengelakkan bebola melekit pada pinggan. setelah selesai, panaskan minyak (lebih kurang 3 sudu besar)dan tumis 3 ulas bawang putih. kemudian masukkan bebola daging anda untuk di goreng.

  5. untuk coleslaw : kubis dipoting nipis-nipis. begitu juga lobak merah. epal fuji dipotong dadu. anda juga boleh menambah honey dew(juga dipotong dadu) kemuadian gaul bersama mayonis

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments