Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Karipap berinti daging Ala Secret Recipe

 Submitted By On 19 November, 2010
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Sesiapa yang mahukan kelainan dalam rasa inti karipap, boleh cuba inti resepi saya ni. Resepi mama dan nenek saya.

Ingredients
  • Daging kisar (ayam atau lembu)- disangai utk keringkan air (1 paket) -Jenama Ramly.
  • Bawang besar 3 biji- dadu
  • Daun kari 2 tangkai
  • Ketumbar dan jintan manis- Disangai dan dikisar halus- 5 sudu besar (campur)
  • rempah kari daging 5 sudu
  • inti
  • Kentang 5 biji- dadu kalau nak jimatkan masa- rebus separuh masak kentang ni selepas didadu.
  • Garam, gula, perasa- secukup rasa
  • Cili kering yang dikisar -ikut rasa sendiri.
  • Telur rebus - 9 biji (belah 6) ikut suka
  • Tepung/kulit karipap
  • Tepung gandum - 1/2 kilogram
  • Minyak masak + butter- dipanaskan
  • Air sejuk peti ais- 50ml (cukup utk menjadikan doh)
  • garam secukupnya
Instructions
  1. Untuk membuat inti, panaskan minyak masak. Tumis bawang merah,bawang putih dan daun kari hingga naik bau. Kemudian tambahkan rempah ketumbar dan jintan manis. Masukkan cili merah dan biarkan agak garing. masukkan daging cincang serta rempah kari daging dan biarkan seketika sehingga empuk. Masukkan kentang yang telah direbus dan akhir sekali bawang dadu. Biarkan inti masak dan letakkan perasa secukupnya. Biarkan sejuk.

  2. Untuk tepung- panaskan minyak + butter dan tuangkan ke dalam tepung yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Gaulkan sehingga menjadi 'bread crumb' dan masukkan air sejuk peti ais. uli sehingga menjadi doh. Canaikan dan terap menggunakan acuan karipah agar mendapat saiz yang sekata.

  3. Isikan inti dan telur rebus dan terapkan dengan menggunakan acuan karipap. Goreng karipap dengan menggunakan minyak penuh dan apabila warna bertukar menjadi kekuningan, angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments