Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Nasi Lemak Hijau Pandan Kukus

 Submitted By On 09 November, 2010
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Dapat idea masa pergi 1 kedai makan..nak tanya segan tapi tengok2 macam boleh buat. so balik n buat sendiri..rasa2 jadila kot;)

Ingredients
  • Bahan A (Untuk Nasi)
  • 3 cawan beras
  • 1 peket santan
  • Air pandan yg di blender serta sedikit esen pandan (nak letak pewarna pun boleh)
  • Halia dalam setengah inci
  • Daun pandan 3 tangkai
  • Halba
  • Bahan B (untuk sambal)
  • 10 tangkai cili kering (boleh letak lebih kalau nak pedas lagi)
  • bawang besar 1 biji di hiris2
  • Bahan C (untuk lauk)
  • Ayam
  • Telur
  • Ikan bilis
  • bawang putih 3 ulas
  • Papadom
Instructions
  1. Basuh beras, gaulkan dengan santan pekat, halia, halba dan daun pandan serta letak sedikit garam. kemudian tambahkan air pandan dan esen pandan ataupun pewarna hijau mengikut sukatan beras untuk di tanak. Masak nasi sehingga kering kemudian kukus beberapa minit supaya nasi kelihatan cantik dan elok berderai..untuk lebih sedap dan wangi, kukus nasi dengan daun pisang.

  2. Bagi sambal nasi, blender cili kering beserta sedikit bawang besar sehingga hancur. Untuk lebih hancur, cili bolehlah di rebus dgn sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian, tumis bawang putih yang telah ditumbuk sehingga garing dan naik bau. Masukkan cili kering tadi dan kacau dgn api perlahan sehingga masak. Letak sedikit air asam jawa dan bawang besar yg telah dihiris. Kalau nak tambah ikan bilis pun boleh tapi saya lebih suka ikan bilis goreng. Kemudian letak garam, gula secukup rasa.

  3. Untuk lauk mengikut citarasa masing2.ada yg suka makan nasi lemak dgn rendang dan sebagainya. tapi saya lebih suka yg bergoreng. Biasanya saya akan makan dgn ikan bilis, ayam, telur dan papadom yg semuanya di goreng.

  4. Sekarang nasi lemak hijau pandan kukus telah pun siap di masak.. bolehlah di hidangkan untuk di nikmati seisi keluarga..selamat mencuba;)

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments