Google+

oleh: erna Puding Kastad

Kastad

simple custard pudding-oven style


Created on : 27-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi erna




Bahan-bahan ( 5 cup )

  • **Karamel**
  • 30g gula
  • 30cc(ml) + 1 sb air
  • **Kastad**
  • 400cc(ml) susu segar
  • 60g gula
  • 3 biji telur
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. Karamel: Masukkan gula dan 30cc air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tambahkan 1 sudu air. Kemudian masukkan ke dalam pudding cup.
  2. Dalam mangkuk pula, masukkan telur dan kacau.
  3. Dalam periuk pula, letak gula, susu dan esen vanila. Panaskan sehingga jadi lebih kurang warna kulit manusia.
  4. Kemudian letak susu tadi ke dalam mangkuk telur dan kacau. Pindahkan pula ke dalam mangkuk lain untuk jadi lebih lembut dan mengurangkan buih
  5. Masukkan sebatian tadi ke dalam pudding cup.
  6. Masak dengan oven selama 30-35 minit dgn suhu 160C. Dalam dulang oven perlulah dimasukkan air suam.








Laporan Masakan Bergambar (5)

Puding
28-06-2006
sedapppp.. tq
Laporan oleh: vdia
Puding_kastad
29-12-2006
erna... cam puding caramel eekkkk
Laporan oleh: umi_e
Img_4135
11-08-2007
cute version of pudding caramel.. yummy!! thanx erna =)
Laporan oleh: yummiez
B1a
11-12-2007
best!
Laporan oleh: princessharyati
Dsc00008
08-01-2009
Tekstur lembik sikit...but sedap sgt...
Laporan oleh: kasihryn

Komen (19)

29-06-2006, juliana komen :

30cc air..cc tu apa?CUBA TERANGKAN BALIK


30-06-2006, erna komen :

cc(cubic centimetre) tu sama juga dengan ml(millilitre) atau kekadang tu sesetengah resepi tulis mil, sama jugalah dengan ml dan kalau ada resepi yg tulis ccm tu pun sama jugalah.. jumlahnya sama je. Secara ringkasnya ml = mil = cc = ccm


04-07-2006, ntah komen :

masak dlm oven at what temperature?


04-07-2006, erna komen :

oppss.. at 160 degree


25-09-2006, azian komen :

kalau masak dlm oven guna heater yg bwh saja ke?


26-09-2006, kuat mkn komen :

kalau kukus boleh tak?


27-09-2006, erna komen :

"kuat mkn",nak kukus pun boleh tapi masa mengukus tu kena pandai-pandai sendiri ler.. sebab saya tak pernah try lagi cara tu. Azian... saya tak tahu pasal oven2 ni.. saya punya oven takde pula kena pilih heater atas or bawah


03-10-2006, Olah komen :

Saya dah cuba resipi ni... simple aja nk buat tapi rasanya sedappppp... tak de camera nak amik gambar... TQ erna... Ada sesiapa tau tak cam na nak buat baked potato.


17-10-2006, yellowgirl_park komen :

oven saya pun ada heatre atas, bawah dan both. kalau nak masak tak tau nak guna mana satu. mungkin bawah kot mcm kita selalu masak tu pun guna api bawah kan heheh. ada sesapa yg tahu tak?


18-10-2006, aenyone komen :

pasal oven ni yg saya tahu depends on oven punya manufacturerla..biasa kan ada booklet yg bgtau about certain food & dia punya jenis oven cooking


13-11-2006, musliha komen :

boleh tak erna bg ukuran air tu dalam bentuk mililiter..


13-11-2006, erna komen :

musliha.. cc sama je dgn ml


20-04-2007, juitali komen :

aslamualaikum erna. saya baru jadi ahli ari ni. da cuba puding u. mmg sdap tapi rasa lebih kurang caramel kan. thanks for the resepi.


06-07-2007, Jasmy komen :

Pernah cuba sekali dulu waktu belum sign up lagi.Memang sedap!tapikan,kastadnya tak berapa rasa,cuma rasa caramel.


17-09-2007, kelaparan komen :

ni hanis nak tanya sikit ya....mana yg. dikatakan kastard tu...bila hanis belek resepi tu tak de gunakan tpg. kastard pun....ni sama je dgn. puding karamel kan...cuma lain nama


08-01-2009, kasihryn komen :

Dah try..memg sedap...just guna heat bwh jee...tk reti nak tepek gambar...


22-04-2010, ummu^ammar komen :

erna.."dalam dulang oven perlulah dimasukkan air suam" apa maksudnya??bila nak masukkan air tu?maaflah..baru2 nak blajar masak..:)


15-01-2011, izaliza1977 komen :

saya guna microvave Sharp brand, ok aje semuanya...menjadi...


17-07-2011, 051178 komen :

Mcm mn kita nak agak gula dan air tu byk mana? 30g gul tu bersamaan 1 cwn gula ke?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu