Google+

oleh: rrozie17 Daging Masak Lemak Cili Api

Pict0301

Masakan ibu


Created on : 28-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rrozie17




Bahan-bahan ( 1 famili kecil )

  • 300gm daging, ayam pun boleh
  • 1 mangkuk santan
  • 2 biji bwg merah, dikisar
  • 1 ulas bwg putih, dikisar
  • 1/2 inci halia, dikisar
  • 10-15 tangkai cili api, dikisar...kalu nk pedas tambah lagi!
  • 2 biji kentang bersaiz kecil
  • 1 btg serai
  • asam keping
  • garam secukup rasa
  • kiub ayam, jika suka.
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan kisar, daging, serai, asam keping, garam dan serbuk kunyit ke dalam periuk dengan api yang sederhana...biarkan daging empuk, dan keringkan airnya. Sekiranya daging masih tidak empuk tetapi air di dalam periuk telah kering, tambahkan air.
  2. sementara menunggu daging empuk, bolehlah di masukkan kentang.
  3. setelah daging dan kentang empuk, masukkan santan, kacau dan tunggu hingga mendidih. hidangkan!
  4. enak di makan bersama nasi...jika ada extra kuah masak lomak mlm tadi, mmm... boleh lah dijadikan kuah untuk mencicah roti canai atau jemput2 bawang untuk hidangan breakfast...pasti terangkat! cubala cara org Rembau!

Tag










Laporan Masakan Bergambar (1)

Daging_lemak_cili_api
16-04-2009
Salam rozie, sedappp sgt! kalau ada daun kunyit lagi best kan? Letak daun limau purut pun ok juga... tq share resipi yg sedap ni..myhby suke sgt!
Laporan oleh: as75

Komen (1)

24-11-2010, njo komen :

rozi. lebih sedap kalau daging disalai dulu, hiris, dan masak jangan guna kentang tukarkan dgn belimbing buluh/ubi kunyit.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd