Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Kek Pisang Coklat Mousse (Chocolate Mousse Banana Cake)

 Submitted By On 22 October, 2010
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Kombinasi kek coklat yang lembut dan agak lembab dengan mousse berperasakan coklat-kopi. Resepi asal dari Lindapurple@myresipi.com<script type="text/javascript"> /* <![CDATA[ */ (function(){try{var s,a,i,j,r,c,l=document.getElementById("__cf_email__");a=l.className;if(a){s='';r=parseInt(a.substr(0,2),16);for(j=2;a.length-j;j+=2){c=parseInt(a.substr(j,2),16)^r;s+=String.fromCharCode(c);}s=document.createTextNode(s);l.parentNode.replaceChild(s,l);}}catch(e){}})(); /* ]]> */ </script> tapi menggunakan kek chiffon sebagai base, bukan spongemix (andaikata takde stok spongemix). Minta halal ya lindapurple :) Sebagai alternatif sahaja. Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2010/09/resepi-chocolate-peach-banana-mousse.html

Ingredients
  • Kek Chiffon (Sumber: kejusedap-acx-comm.com)
  • 30g serbuk koko
  • 1/2C air panas
  • 1st chocolate emulco/paste
  • 4 kuning telur Gred A
  • 100g gula kastor
  • 130g tepung naik sendiri
  • 1/2st baking powder
  • 1/2st soda bikarbonat
  • 1/4C minyak masak
  • 1st esen vanila
  • 4 putih telur Gred A
  • 1/4st cream of tartar
  • 65g gula kastor
  • Chocolate Mousse (Sumber asal: lindapurple@myresipi.com)
  • 250g whipping cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je non-dairy whipping cream/fresh cream)
  • 1st esen vanila
  • 1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air panas. Rehatkan 5min hingga gelatin mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
  • 50g serbuk koko + 80g gula aising, diayak bersama
  • 1sb nescafe + 1 1/2sb air panas
  • Chocolate Ganache simple
  • 125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
  • 100g coklat masakan
  • 1sb butter
Instructions
  1. CARA KEK: Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco). Ketepikan.

  2. Dalam satu bekas, campurkan kuning telur, 100g gula kastor, tepung naik sendiri, baking powder, soda bikarbonat, minyak masak, dan esen vanila. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.

  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh dari 65g gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.

  4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.

  5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40min, 180C (bagi acuan 8" bakar 180C@45-50min) atau sehingga lidi yang dicucuk kelihatan bersih.

  6. Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.

  7. CARA MOUSSE: Pukul whipping cream hingga kental/pekat.

  8. Masukkan esen vanila. Sambil putar pada kelajuan perlahan, selang-selikan serbuk koko+ gula aising dan larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang suam) dan kacau hingga semua sebati.

  9. CARA GANACHE: Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas. Masak hingga coklat larut sepenuhnya. Ketepikan dan biarkan suam sebelum dituang atas kek.

  10. CARA PENYEDIAAN KEK: Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan 1/3 mousse atas satu lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah dua, lapiskan lagi dengan kek-2.

  11. Sapukan 2/3 mousse, susunkan pisang dan lapiskan dengan kek ke-3. Sapukan seluruh kek dengan baki mousse.

  12. Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit. Kemudian tuangkan coklat ganache dan hiaskan sesuka hati.

  13. **Boleh buat separuh adunan, bakar dalam loyang bulat 6" ketinggian 3" untuk suhu 180C, 35-40min. Kek akan mendap sikit bila sejuk.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments