Google+

oleh: dayang_jack Puding Blueberry

New_picture__4_

satu lagi koleksi dessert dari teratak DJ. Jika sudi, silalah cuba. TQ.


Created on : 17-10-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dayang_jack




Bahan-bahan ( hidangan utk 3-4 orang )

  • 10 g serbuk agar-agar Cap Tiga Ros
  • 1/3 cawan jus/inti/pes blueberry
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan / 250 ml air
  • 2 cawan / 500 ml susu segar (boleh juga dicampurkan dgn susu cair)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung kastard + 2 sudu besar air (dibancuhkan)

Cara-cara

  1. Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
  2. Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat.
  4. Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
  5. Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati.

Tag

dessert









Laporan Masakan Bergambar (1)

Sam_0794
30-10-2010
lemak, manis masam dari blueberry sos menjadikan nya tak muak dimakan...
Laporan oleh: sixsixtwo

Komen (11)

17-10-2010, mekar komen :

mm...mengiurkan tengok blueberry berlinangan tu. Dlm fride ada lagi pes blueberry tu cuma xde serbuk agar2 jer. Apa beza kalu guna jenis serbuk dengan jenis agar2 yang mcm tali rafia tu


17-10-2010, dayang_jack komen :

<mekar> serbuk agar2 dan agar2 tali tu sama jer. cume kalau nk lbh mudah dan cepat masak, elok guna yg berserbuk. Lagi satu, mungkin sukatan air perlu ditambah jika menggunakan agar2 tali. Selamat mencuba yer. tq


17-10-2010, umiayu komen :

TQ Dayang..sudah lama saya cari resipi Puding blueberry ni..pasti saya cuba. Family saya memang suka sangat masakan puding.


17-10-2010, dayang_jack komen :

u're welcome, umi. Selamat mencube yer. semoga menepati selera. tq


18-10-2010, mymaro komen :

Wow! nmpakbest tul... kena try nie...


19-10-2010, anitaz komen :

cam ne nak wat topping blueberry 2...almaklum br belajo ...


19-10-2010, nursyahadah komen :

wahh.. looks soooooooooo yummy.. tapi mentega tu perlu ker? klu tak masukkan mentega boleh tak? TQ..


19-10-2010, nursyahadah komen :

wahh.. looks soooooooooo yummy.. tapi mentega tu perlu ker? klu tak masukkan mentega boleh tak? TQ..


20-10-2010, ZIDAKIFLI komen :

MEMANG NAMPAK BEST, DAH TERLIUR PUN...


24-11-2010, zueabun komen :

ha ar kan...cmne nk wat topping blueberry tu eak???


10-01-2011, nor ain komen :

dayang nk tnye..2 sudu bsr air tu bncuh sma tepung kastard ke?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd