Google+

oleh: Inn_shahriza Ayam masak hitam manis

Ayam

Resepi nie resepi ciptaan sendiri....senang ajer nak masak...sedap dimakan ngan nasi tomato atau nasi putih.


Created on : 16-10-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Inn_shahriza




Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • Ayam 1/2 ekor.(potong kecil)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu rempah briani(bancuh dengan sedikit air)
  • 1 cawan kicap pekat
  • Bahan untuk ditumis:
  • Bawang merah dan putih ditumbuk kasar
  • kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • bunga lawang
  • Buah pelaga
  • daun pandan
  • Bawang Besar dimayang
  • Halia dihiris memanjang(2cm)
  • Ubi kentang diptong memanjang dan digoreng(2 biji)
  • Tomato sebiji belah 4
  • Daun bawang dan daun sup untuk hiasan

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
  2. Masukkan sos tiram,sos cili,kicap,rempah yang dibancuh.Biar mendidih dalam 5 minit.
  3. Masukkan ayam goreng dan ubi kentang yang telah digoreng.
  4. Masak sehingga 15 minit.Kemudian masukkan tomato.Tutup api.Hiaskan dengan cili merah yang dipotong.Taburkan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.

Tag

ayam








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

16-10-2010, kak nyah komen :

ini lebih kurang macam ayam masak kicap berempah..lah


16-10-2010, ikaiskandar komen :

wahh..menyelerakan...kna try ni...


17-10-2010, Inn_shahriza komen :

kak nyah;tukar rempah ngan rempah briani ...rasanya ala lauk nasi kandar pulau pinang ikaiskandar:try jgn tak try


01-02-2011, jamalismail komen :

ayam masak hitam ni memang kegemaran saya tau..


17-05-2011, puteri82 komen :

mesti cuba kegemaran saya ni


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu