oleh: clewy Coklat Chips Hitam

Dsc01693

resipi cookies ini boleh di ubah mengikut selera masing-masing...jika mahu pahit lebihkan koko..mau lebih bercoklat tambahkan banyak coklat chips/buttons...mahu kurang manis kurangkan kuantiti gula.. *selain tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung serbaguna...tetapi haruslah tambahkan baking soda + sodium bicarbonate.. *dibakar selama 15-20 minit *suhu oven 180 darjah celsius


Created on : 07-09-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi clewy




Share


Bahan-bahan ( 100+ biji choc chips )

  • 300 g Tepung Naik Sendiri MFM
  • 250 g Mentega
  • 1 biji Telur
  • 7 sudu makan Gula Halus
  • 7 sudu makan Gula Perang
  • 7 sudu makan Serbuk Koko
  • 1 Paket Kacang Gajus (dikisar)
  • 1 Paket Kacang Almond (dikisar)
  • 1 Paket Coklat Chips
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul mentaga sehingga kembang. masukkan telur & esen vanilla. kacau.
  2. Masukkan gula halus & gula perang. kacau.
  3. Masukkan tepung naik sendiri & serbuk koko (eloklah ditapis). Uli sehingga menjadi doh...
  4. Masukkan kacang gajus & almond (sebelum itu, eloklah dibakar selama beberapa minit dalam oven untuk beri effek rangup). Kemudian, masukkan coklat chips. Uli sampai sekata satu doh.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

26-09-2010, sizar_baik komen :

klu nak rangup letak minyak masak...


05-10-2010, izwanis komen :

tepung sebaguna tu tepung gandung biasa ker?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu