Google+

oleh: citarasawan Biskut Batu / Rocky Cookie

Dsc00529

Lebihan putih telur jgn di buang, gunakan utk membuat biskut ini .. nampak saja keras tpi ringgan dn ranggup..


Created on : 31-08-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Bahan-bahan ( 100 biji )

  • Bahan A
  • 100ml putih telur
  • 1/8 sudu teh cream of tartar
  • 100gm gula kaster
  • Bahan B
  • 10gm tepung jagung
  • 100gm kacang tanah - di panggang
  • 80gm hirisan badam - di panggang
  • 60gm coklat chips
  • 1 sudu teh cappucino emulco / mocca / coffee

Cara-cara

  1. Dsc00459
    Pukul bahan A menggunakan kelajuan tinggi hingga kental dan bertanduk.
  2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.
  3. Dsc00461
    Sudukan setengah sudu kecil ke atas loyang yang telah di gris terlebih dahulu.
  4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30-40 minit, gunakan turbo fan untuk 10 minit terakhir supaya putih telur masak sepenuhnya. Tekan dengan jari, jika atasnya masih lembut, bakar lagi sehingga atasnya keras apabila di tekan.
  5. Apabila biskut sejuk, terus simpan di dalam bekas kedap udara

Tag

cookies

Laporan Masakan Bergambar (2)

20100907_006
07-09-2010
sedapnyer,,tp ade yg dalam tu liat skit,,mybe sbb putih telur x brape msk kot,,tp ttp maintain sdp,, ;)
Laporan oleh: hamizah91

hamizah bakar semula biskut ini akan lebih ranggup bila putih telur msk sepenuhnya.. mekasih krn mencuba :)

Iftar_ramadhan_edisi_4___kukis__2012_076
15-08-2012
Assalam kak wan, anak2 suka sangat dengan kukis ni, memang sedap, mekasih kongsi resipi ni,
Laporan oleh: rosaliza


Komen (6)

31-08-2010, zarinazainalabidin komen :

salam kak wan, resepi ni cukup menarik. putih telur yang tidak digunakan, saya leh wat biskut ni. tq sebab share...


31-08-2010, hamizah91 komen :

wah! biskut neh mmg sedap,,dulu kwn saye penah bg saye rase,,nabti nak try wat la,,hehee,,tp saye nak tanya, ape maksud 'gunakan turbo fan untuk 10 minit terakhir;..saye x berapa paham,, tQ!


02-09-2010, citarasawan komen :

2 hamizah91 :) biskut ni msak dlm tmpoh 30 minit, (20 min dibakar api atas dn bawah, 10 min lgi gunakan turbo fan(kipas turbo oven) jika oven x der fan, bakar spt biasa, tmbah skit masa sehingga 40 min utk bskut kering sepenuhnya..


03-09-2010, cucuku komen :

saya nak cuba biskut batu ni, tapi sukatan cream of tartar nya tak pasti yg saya tau sukatan sudu tea 1/4 ada, yg 1/8 macam mana?


03-09-2010, citarasawan komen :

2 cucuku :) 1/8 @ secubit saja, @ separuh dri 1/4tsp.. cream tartar utk memekatkan putih telur guna sedikt saja..


14-02-2013, shidazaid komen :

nk try la


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd