Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
untuk sediakan bahan A, mula-mula tumbuk halia dan bwg putih bersama. kemudian gaulkan pada isi ayam tadi. biarkan dlm setengah jam.
sementara itu, amek tepung, black pepper & garam secukupnyer. jgn byk sgt sebab nanti kita buat kuah dah masin.. gaul sebati. pada bekas yang lain, pukul telur.
panaskan minyak. gaulkan isi ayam yang telah diperap dan gaulkan dalam campuran tepung. setelah isi ayam telah dibaluti dengan tepung, celup pula ke dalam telur. goreng dalam kuali yang panas.
angkat bila sudah kekuningan. bila sudah goreng semuanya, ketepikan.
kemudian, buat bahan2 B. tumbuk halia & bawang putih. masukkan lebih kurang 3 sk minyak dalam kuali dan panaskan.
tumis bawang putih, bawang besar dan halia sampai naik bau.
masukkan sos tomato & sos cili. sape2 suka pedas leh lebihkan sos cili atau cili padi. sape suka kuah banyak, masukkan air.
masukkan garam dan gula secukup rasa. gaul dan biarkan kuahnya sedikit pekat
setelah kuahnya pekat, masukkan ayam yang telah digoreng bersama tepung tadi. gaul sebati.
kemudian, masukkan telur yang telah dipukul. curahkan telur tadi. tutup api, baru kacau. tp jgn kacau acap sangat. sikit jer..nanti texture telur jadi hancur sangat and tak cantik. siap untuk dimakan dengan nasi panas2. best!! selamat mencuba!!