Google+

oleh: hanahani5865 Puteri Mandi Mudah & Sedap

Sdc13941

resepi dari mak, baru buat semalam sebab abah nak sangat makan puteri mandi, tapi cari di bazar ramadhan xjumpa


Created on : 25-08-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hanahani5865




Bahan-bahan ( 7-8 org makan )

  • 3 Cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk jadikan doh
  • Perwarna merah, hijau & oren (buat 4 warna)
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 senduk gula (ikut citarasa)
  • Air untuk larutkan gula
  • Daun pandan

Cara-cara

  1. Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam halus.
  2. Masukkan sedikit air (sedikit demi sedikit) dan gaul (dengan tangan yang bersih) sehingga tepung boleh di buat doh.
  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian & tambah perwarna ke setiap satu bahagian (di sini saya menggunakan perwarna hijau, merah, oren & original doh).
  4. Apabila perwarna dah sebati, bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya leper sedikit.
  5. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
  6. Apabila doh tadi sudah TERAPUNG, angkat dan asingkan.
  7. Didalam periuk yang lain, panaskan air, gula & daun pandan. Apabila air gula sudah mendidih, buang daun pandan tersebut & tambahkan kelapa parut. Didih sehingga cukup likat (ikut citarasa)
  8. Apabila sudah likat & mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi & kacau sebati... Siap.... :)

Tag

kuih muih

Related Recipes










Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

25-08-2010, zureen_69 komen :

nak tanya sikit..confius yg no 7 tu.. 1/2 biji kelapa parut ni nak ambik santan ke atau terus letak kelapa parut ..


25-08-2010, hanahani5865 komen :

xpayah ambil santan, masukkan kelapa parut tu je..


26-08-2010, norlieU8 komen :

kalau x faham no7 buat kuah santan pun sedap ni...taruh isi kemudian


27-08-2010, sha7wa21 komen :

wah kak nani kah ini?? hehe cantik puteri mandi dia.. =)


29-08-2010, anaz466 komen :

saya dah cuba buat, tapi kuah dia guna santan.. mesti sedap, lemak dan berkrim...tq.


31-08-2010, zureen_69 komen :

selalu tgk yg kuah santan aje..tu yg tumpang tanya tu..


31-08-2010, zureen_69 komen :

selalu tgk yg kuah santan aje..tu yg tumpang tanya tu..


16-09-2010, hanahani5865 komen :

waa...ada guna santan ye...saya x pnh lagi jumpa yg guna santan..xpe..apa2 pun boleh..jnji boleh zasss... sa7wa21 sape ye? slmt hari raya..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd