oleh: hayatan Cheese cake

P6130207

Paling mudah disediakan!Malah saya terpaksa menjualnya atas permintaan rakan2..(T_T)


Created on : 20-08-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hayatan




Share


Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 250g tepung OPTIMA-jgn guna lain
  • 250g/1 ketul cream cheese PHILIDELPHIA
  • 250g/1 ketul cheddar KRAFT
  • 3 biji telur
  • 2 sudu minyak masak-saya guna DAISY
  • 1/2 tin susu pekat manis-saya guna GOLD COIN

Cara-cara

  1. Pukul telur sampai kembang/putih
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikt
  3. Masukkan minyak masak
  4. P6130199
    Isikan dalam bekas bakar yang dilapis dengan kertas minyak (kalau ada). Bakar suhu max. (saya guna 250 degree celcius) selama 15-20 minit. Jangan panik kalau oven berasap atau kek hangus bhgn atas. Kikis bhgn yang hangus itu.
  5. Putar cream cheese PHILIDELPHIA dgn susu sampai sebati. Sapukan atas kek. Untuk lebih sedap, belah kek 2 lapisan dan sapu antara lapisan tadi.
  6. P6230213
    Sagat cheddar KRAFT (saya guna sagatan sederhana-tidak terlalu halus dan tidak terlampau kasar). dan taburkan atas kek. Untuk lebih umph, sejukkan dalam peti ais selama 10 minit dahulu sebelum di makan.

Tag

kek cheese


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (17)

21-08-2010, lina z komen :

sedapnyerrrr cheese cake...awak wat jual ye..berapa harga 1...


21-08-2010, fatinmfaa komen :

optima tu brand tepung ker? kat maner adaer? x penah dengar pon? susu gold coin tu yg kecik ke yg sedang? tingin nak buat....


21-08-2010, zarinazainalabidin komen :

ha'ah....OPTIMA tu cam brand tepung... tapi tak pnah jumper pun... kat mana leh carik ek....


21-08-2010, Yantie Alias komen :

tepung OPTIMA mmg sedap kalau buat kek...kat kedai bakery bnyak jual...


21-08-2010, Yantie Alias komen :

tepung OPTIMA mmg sedap kalau buat kek...kat kedai bakery bnyak jual...


21-08-2010, zarinazainalabidin komen :

oooooo ye ker?... erm...biasanya harga nya baper?... memang ada ek jual tepung nama OPTIMA?... kalo camtu, takper..nanti saya carik...thanx Yantie Alias....:)


21-08-2010, Amalfarhani komen :

Mengenai tepung OPTIMA, ia adalah sejenis tepung pra-campur kek span, dah siap gula dan penaik dalamnya. kalau pergi ke kedai bakeri boleh cari sponge mix flour. itulah dianya. :) ada yang datang dalam perasa vanilla, dan ada juga coklat. Harga berbeza2 ikut kedai. Di tempat saya 500g beharga RM3.60. Harap dapat membantu.


22-08-2010, nurulaim komen :

telur guna gred apa? A,B or C takut nnti tak naik pulak kek tu.lg satu loyang nak pakai besar mn ek?klu pakai loyang lubang tgh tu ok tak?


30-08-2010, peekaboo komen :

kek ni buat tak perlu pakai gula ke?


29-11-2010, hayatan komen :

PEEKABO: dalam tepung optima dah ada gula. Jadi, belasah sahaja guna tepung tu semata-mata NURULAIN: semua gred saya pernag cuba. Kalau guna yang paling besar (saya dah lupa grade apa), kek cantik dan kuning2 sikit. kalau telur kecik, span kek aka berderai sikit. AMALFARHANI&YANTIE: betul..betul..tempat saya semua kedai harga lain2..paling sedih kalau saya nak beli tepung aje, kedai A, cheddar aje g kedai B, cheese aje kedai C..huhuhu ZARINA ZAINAL ABIDIN: teruskan usaha. chaiyok! chaiyok! FATINMFAA: saya guna susu yang sedang. tapi kalau 'customer' nak kek tu masam, saya kurangkan susu. Ingat, bayak susu guna akan cairlah topping kek.. LINAZ: saya x nak jual pun (Keje sendiri dah banyak)..tapi dah semua malas2 nak buat sendiri..kos saya guna RM 30 lebih kurang. Sy bgtau harga kos je pastu masing2 pakat la berapa nak kasik..selau diorang bagi RM 50..mana yg tak berapa mampu, saya suh bagi harga kos je..kekadang bagi free je.."menggembirakan hati org lainadalah kegembiraan saya" ekekekek


29-11-2010, hayatan komen :

ada jugak org nak cuba..bangga, bangga, 90% kek ini telah dicuba oleh sedara mara, ipar duai serta sepupu sepapat saya...resepi keluarga pulak jadinya..ekekekek


29-11-2010, hayatan komen :

NURULAIN: lupa.guna la loyang saiz cemanapun. Belasah je. Jgn loyang berlubang di bawah sudah...


05-01-2011, iriez komen :

kalau nak guna tepung kek, apa lagi bahan² n sukatan yg perlu dicampurkan..xdpt cari tepung optima la kat sini..huhu..TQ


17-01-2011, hindon komen :

nampak macam sedap..insyaalah saya akan cuba buat sebab anak saya memang cukup suka kalau kek ada cheese..gitu. tkasih kerana sudi berkongsi resepi


12-06-2011, hayatan komen :

iriez: cuba baca komen AMALFARHANI sebagai panduan..atau cari tepung mix flour..


12-06-2011, hayatan komen :

HINDON: selamat mencuba yeeee


25-07-2011, bbqaseh komen :

Sy dh try...to tak dpt cari tepung optima soo pakai jew mix sponge cake hehe...p thanx 4 d receipi mmg best jap jew dh siap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu