Google+

oleh: citarasawan Strawberry Fingers

Dsc03706

kukis dengan rasa coklat strawberry yg enak..


Created on : 11-08-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Bahan-bahan ( 100 biji )

  • Bahan A
  • 250gm mentega
  • 10gm shortening
  • 150gm gula kaster
  • 1 tsp strawberry emulco
  • 1/4 tsp pewarna pink/merah
  • 50gm serbuk badam/serbuk gajus - di sangai
  • Bahan B
  • 300gm tepung red rose
  • 40gm tepung kentang
  • 50gm susu tepung
  • 50gm tepung jagung
  • Hiasan : Coklat masakan Strawberry pink atau (coklat masakan putih + pewarna pink + strawberry emulco) dan breadcrumb putih/kelapa kering

Cara-cara

  1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
  3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
  4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.

Tag

cookies









Laporan Masakan Bergambar (1)

Strawberry_fingers1
03-09-2010
Saya tak buat bentuk jejari, petak-petak je. Hehe.. Sedap gak kak Wan, cuma saya guna kelapa kering jadi rasa chewy sikit bahagian luar. Coklat pun guna coklat putih+strawberi emulco je. Makaseh ya kak =)
Laporan oleh: zachoes

Komen (20)

11-08-2010, anaz1977 komen :

salam kak wan, mana resepinye dn caranye....


11-08-2010, anaz1977 komen :

salam kak wan, mana resepinye dn caranye....


11-08-2010, citarasawan komen :

okei anaz resipi nyer dh muncul..


11-08-2010, anaz1977 komen :

salam kak awan, dah nampak dah resepi n caranye. sori, pc saya problem kot. tenkiu, InsyaAllah, saya nak cuba raya ni.


12-08-2010, noraida komen :

salam ramadhan dan slmt pagi kak wan.kak rasanya bahan2 yang lain aida kenal tapi tepung red ros tu camne rupanya ya.kalau kat spore tek tau ada ke tak atau boleh ganti tepung lain tak?berminat nak cuba


12-08-2010, citarasawan komen :

2 noraida :) slm ramadan,, tpg red rose jenama bagi tpg kukis atau di kenali sebagai cookies flour,, tpg yg tlh dicmpur dgn bhn perangup dn tpg jagung..


12-08-2010, Coodeang komen :

Tepung red rose banyak kat JB kat kedai barangan bakery. Saya baru beli RM3.20 sekilo. Tunggu masa sesuai je nak cuba


13-08-2010, citarasawan komen :

2 Coodeang :) tpg red rose lbih mahal dri tpg biasa hrg kat KL juga sama dgn JB ..


15-08-2010, zaidayuhana komen :

saya pernah rasa biskut ni.memang sedap. nak cuba le buat raya ni.tq sbb share resepi


15-08-2010, kasih10 komen :

kak wan, serbuk badam tu nak kena sangai dulu atau campurkan terus..


16-08-2010, citarasawan komen :

2 kasih10 :) serbuk badam tu di sangai dulu yea .. nti kakwan edit semula ...


16-08-2010, citarasawan komen :

2 zaidayuhana :) kalu suka nti buat byk2 yea .. slmt mencuba ...


17-08-2010, NorOrchid komen :

kelapa tu nak kena goreng sekejap ke tak payah?tq


17-08-2010, citarasawan komen :

2 NorOrchid :) x pyh tpi nk goreng pon boleh... warna biskut jdi kekuningan skit tpi bau nyer lbih harum ..


23-08-2010, zaidayuhana komen :

kak wan, mana sedap hiasan tu pakai coklat masakan strawberry ke atau coklat putih+pewarna+strawberry emulco


24-08-2010, citarasawan komen :

2 Zaidayuhana :) jka nk sedap guna coklat masakan strawberry dri brand collata atau tulip .. (yg ni sedap tpi coklatnya lmbt kering) coklat putih pula agk manis sket tpi sng set cuba dlu yg mna satu ... :)


24-08-2010, eddarling_biz@ymail.com komen :

thanks kak wan 4 all ur recipes... all best2 belaka...


03-09-2010, zachoes komen :

Saya tak guna tepung red rose, tak tahu mana nak cari kat Tawau ni. Jadi guna tepung gandum je. Masih sedap dan rangup, ala-ala Snow Almond pun ada. Hehe..


20-08-2011, jia18 komen :

nampak sedap n menarikk


14-09-2011, hamidahrazak komen :

nk tnya tepung kentng same ker ng tpung ubi?n mmg x pyah pkai telur ke?apepn thnks kongsi resepi...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd