Google+

oleh: ainimalik Kuah rojak buah

Images__2_

resepi dari kawan, senang je lebur je dlm periuk


Created on : 24-05-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ainimalik




Bahan-bahan ( boleh makan byk kali, sesuai jika ada majlis yg ramai orang )

  • 1 botol kicap lemak manis
  • 1 botol petis
  • 1 1/2 kilo gula pasir
  • 1 keping belacan bulat melaka
  • 1 pkt kecil asam jawa
  • 1 genggam cili kering
  • 1 genggam cili padi
  • kacang tanah goreng yg diblender

Cara-cara

  1. blender belacan, cili kering dan cili padi
  2. masukkan semua bahan diatas kedalam periuk kecuali kacang tanah
  3. masak dgn api perlahan sehingga naik bunga gula. masa dalam 45 minit - 1 jam
  4. biarkan sejuk. ambil sedikit dan tambah kacang goreng semasa nak cicah buah. x blh campur sekali nanti kacang lemau dan kuah cepat rosak. simpan dalam peti sejuk, blh tahan hg 2-3bln.
  5. Klik untuk isi cara-cara di sini

Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc01690
26-02-2011
time kasih aini, 1st time cube terus jadi. Sedap lak 2. Tapi kacang / bijan x de la plak. Esok baru nk beli.
Laporan oleh: yshikin

sama2, ok ler jd risau gak klau x jd jgn mare. tkasih.



Komen (17)

25-05-2010, mila34 komen :

petis tu ape ye,saya ni tak taula,


25-05-2010, ainimalik komen :

petis @ otak udang, blh dpt di kedai/pasaraya. kalau g belah utara , masa makan laksa mesti depa sedia petis/otak udang untuk tambah perisa. kuah ni pedas ckit , blh krg kan cili jika perlu.


26-05-2010, azz@malik komen :

salam tuan punya:) mak mertua sy bisnes kuah rojak ni tp sy x bkesempatan nk tnya mcm mna nk wat,lpas ni blh le sy try yg animalik punya ni,mna tau sama dengan mak mertua sy punya :)


26-05-2010, ainimalik komen :

cuba la tp msti rsepi mak mertua lg sedap, orang lama hasil air tangan lg power. tq.


03-12-2010, normahsamad komen :

apa 2 pun cuba dulu baru tahu kan.


05-01-2011, sitiz komen :

resepi yg di bagi untuk kuantiti yang banyak la.... aku nak wat sikit jer...


29-03-2011, muhd nur arif komen :

petis tue pe..?


30-03-2011, ayatsri komen :

ni tgh cari rsepi dah dpt pun npak memang sdap cecah dgn nanas,sengkuang n epal hijau nak cuba lah tp kalu x de petis tu ltak pe eh......?


30-03-2011, nuni komen :

ada kawan dr sarawak ckp, bg mereka yg x jumpa petis kt kedai, boleh juga guna kepala udang.kalo beli udang tu, simpan kepalanya.pastu time nk buat kuah ni, blend kepala udang + sedikit air.pastu tapis untuk buang duri2 udang tu.


06-04-2011, atiey11 komen :

petis tu otak udang mmg ada kat pasaraya. saya pun baru beli kat giant tadi nak try resepi ni.nampak cam best jer.


18-08-2011, ramziahrahim komen :

best..sya nak cuba


20-10-2011, liza_71 komen :

kalau x letak petis ok x


20-10-2011, zieyamas komen :

nak tanye la, 1 kpg belacan bulat melaka tu yg saiz besar ker?biasa nampak kat kedai yg besar tu taktau la ade saiz yg lain ke?


09-11-2011, are-zura kcik komen :

erm.....mcm best jer.lik skolah t nk wat r.


19-06-2012, nizasyasha komen :

Sy buat xikut sukatan,sbb bt sikit utk 2 org.Xguna cili kering/padi,tp gn cili powder je.Guna kecap manis ABC dan brown sugar.Mmmm...sedapp dan pekat.. ^_^ Senang rupanya bt kuah rojak.. hehe


23-06-2012, hafishkanda komen :

rasanya anda terlupa bijan..kalu taruh bijan lagi sedap...saya akan cuba resepi ini..


02-01-2013, Bro kedah komen :

<html>Salam...kalu rasa tak sempat nak buat...bleh terus aje order yg dah siap..kuah rojak mak bee di <a href="http://madeinkedah.blogspot.com/">http://madeinkedah.blogspot.com</a> Tq</html>


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd