Google+

oleh: citarasawan Puding Cendol Indonesia

Dsc01143

aneka puding


Created on : 21-05-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Bahan-bahan ( Loyang 9" empat segi )

  • Bahan A 300ml air 60gm gula kastor 8gm (1/2 sudu besar) serbuk agar-agar
  • Bahan B Sedikit perwarna merah, kuning, ungu
  • Bahan C 100gm cincau (potong dadu) 100gm cendol 80gm sago berwarna merah (masak dgn air yg banyak, toskan)
  • Bahan D
  • 1200ml santan cair atau (400ml santan pekat + 800ml air)
  • 20gm (2 sudu besar) serbuk agar-agar
  • 300gm gula
  • 1/8 sdt garam
  • Bahan E (campurkan) 100ml air, 80gm tepung kacang hijau
  • Jika suka lebih bersantan, kurangkan air dan tambahkan sukatan santannya

Cara-cara

  1. Masakkan bahan A sehingga serbuk agar-agar larut. Bahagikan kpd 3 bahagian, masukkan perwarna di setiap bahagian yg berasingan drp bahan B. Seteleh agar2 beku, potong dadu. Ketepikan.
  2. Masakkan bahan D sehingga serbuk agar-agar larut. Masukkan bahan E. Masak sekejap sehingga mendidih, alihkan daripada api. Bahagikan kpd tiga bahagian. Satu bahagian diletakan cincau dan jeli merah yg dipotong dadu. Bahagian kedua tambahkan cendol dan jeli ungu yg dipotong dadu. Bahagian ketiga masukkan sago merah dan jeli kuning yg dipotong dadu.
  3. Tuangkan no. (2) selapis demi selapis ke dalam acuan. Biarkan setiap lapisan pejal dahulu sebelum masukkan lapisan yg seterusnya.
  4. Dsc01136
    Dalam gambar kakwan menggunakan loyang 8" jadi lapisannya agak tebal sedikit.

Tag

dessert









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

22-05-2010, aloyah komen :

kak wan, cantik laa...esok cari bhn nk buat laa..nyum nyum


23-05-2010, jade amira komen :

salam citarawawan,ni nak tanya sikit,klu xde cendol boleh tak sbb sini xde cendol,lagi serbuk agarx2 pun xde boleh ke bagai sukatan agarx2 biasa,tq.


28-05-2010, citarasawan komen :

salam aloyah, dh wat ker pding cdol i'nesia 2, klu ada lbih cendol trylah pula agar2 ABC ni... ;)


28-05-2010, citarasawan komen :

walaikumussalam, jade amira sori lmbt reply myr asyik traffic jam 2 yg jrg msuk.. klu xde cedol gnti ngan agar2 warna, ptong memanjang.. klu 20gm agr2 serbuk=(+- 2 bgkus agar2 biasa)


31-05-2010, jeliter komen :

macam best jerrrrrr..........nanti nak try jugaklah


16-07-2010, jade amira komen :

assalammualaikum kak wan,baru dpt lagi myr dh lama cuba tapi tak dpt 2,terima kasih ya kerna sudi membalas pertanyaan saya,insyaallah saya nak cuba bulan ramadan nanti,thanks again.


15-08-2010, naa_q komen :

kak wan..2 sudu besar agar2 tu rata ke membumbung?


15-08-2010, citarasawan komen :

2 naa_q :) 2 sudu besar rata yea.. kwan guna sudu metrix ...


07-07-2011, monalisa ismail komen :

sedapnya....nak cuba buat la esok.....nampak meriah je....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd