Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
1 paket spagetti (jangan pilih yg Angle Hair sebab terlalu halus)
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Untuk mee spagetti :
Panaskan air dan bila sudah menggelegak, masukkan sedikit garam. Selepas itu baru masukkan spagetti dan rebus sehingga lembut. Selepas itu, bolehlah ditoskan dan diletakkan ditepi.
Untuk kuah bolognese: Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang. Sekali sekala kacau sehingga daging cincang betul-betul masak.
Kecilkan api. Masukkan lada hitam dan serbuk bolognese dan kacau sehingga ia sedikit garing.
Masukkan cendawan butang dan daging sosej. Gaul rata.
Masukkan tomato puree. Kacau sebati kemudian baru masukkan air.
Biarkan ia menggelegak. Sesekali kuah perlu dikacau. Perasakan dengan garam, gula dan sos tomato. Sos tomato jangan letak terlalu banyak (melebih-lebih), letak sedang-sedang saja.
Masukkan susu segar. Susu segar adalah untuk mengimbangkan rasa masam tomato puree tersebut. Sebab itu, jangan melebih-lebih ketika memasukkan sos tomato tadi.
Kacau sehingga ia menggelegak. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Boleh tambahkan serbuk oregano dan keju cheddar jika mahu.
Hidangkan spagetti bersama kuah bolognese tersebut. Selamat mencuba!