Google+

oleh: citarasawan Fruit Flan Cakes

Dsc00268

Kek dengan coktail dan buah-buahan segar


Created on : 30-04-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Bahan-bahan ( Loyang 7" bulat )

  • Bahan kek sponge
  • 180gm sponge mix
  • 3 biji telur Gred A
  • 45ml susu segar/air
  • 1 tsp esen vanila
  • 45gm mentega cair/minyak jagung
  • Filing 200gm whip cream, 1 tin sedang fruit coktail (asingkan sirapnya)
  • Hiasan Buah strawberry, kiwi, anggur, peach (ikut suka) decogel untuk di sapu, Hirisan badam (dibakar terlebih dahulu)
  • atau mana2 resipi kek sponge dri myresipi

Cara-cara

  1. Kek Sponge : Panaskan oven pada suhu 180C. Alas loyang 7" dengan kertas minyak.
  2. Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair, pukul dengan kelajuan tinggi hingga bertanduk. Tukar kepada speed rendah dan masukkan mentega cair, putar hingga rata.
  3. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35-45 minit. Angkat dan telengkupkan di atas redai. Sejukkan dan potong kek kepada 3 bahagian.
  4. Pukul whip cream hingga kembang.
  5. Lapisan Atas : Ambil satu lapisan kek, sapukan dengan whip cream hingga rata, di ikuti dengan fruit coktail (buah sahaja) di atasnya. Lapiskan sekali lagi dengan whip cream di atasnya hingga rata.
  6. Untuk lapisan kedua : Ambil satu lapisan kek dan ulangi langkah 5 hingga habis.
  7. Untuk lapisan terakhir, sapukan seluruh kek dengan whip cream. Lapisi badan kek dengan hirisan almond.
  8. Dsc00281
    Atur buah-buahan segar sebagai hiasan mengikut citarasa.

Tag

kek

Laporan Masakan Bergambar (1)

Fruit_topping
30-04-2010
dah wat lama ..guna cara yang sama..
Laporan oleh: ila ahmad


Komen (9)

30-04-2010, farrah_diba79 komen :

salam kak wan.. Cantiknya kek nie.. Macam sayang lak nak makan.. Kreatif betul akak nie..


30-04-2010, citarasawan komen :

alaa,,, ngapa sayang nk mkn farrah,,kek ni ptut di abiskan sume, lbh sdp dri kek buttercream tau,,, ada buah dan badam lgi rugi x mkan... esk leh wat cuti ari buruh kan.. :)


30-04-2010, ajmal komen :

sponge tu spam ka.. ehehehhe lawak je.. aku pasl nk wat kek ni x tau la sangat.... nk wat cup kek leh la..... boleh bagi resepi kek yg senang nk wat x........ aku baru join saja club ni... hehehhe


30-04-2010, ajmal komen :

sponge tu spam ka.. ehehehhe lawak je.. aku pasl nk wat kek ni x tau la sangat.... nk wat cup kek leh la..... boleh bagi resepi kek yg senang nk wat x........ aku baru join saja club ni... hehehhe


30-04-2010, ajmal komen :

lol silap hanatr sekali lagi... sry la


01-05-2010, zaryati komen :

salam.sponge mix nie=tepung optima ke?


01-05-2010, citarasawan komen :

ajmal, kat myr ada byk resipi yg sng d mudah di ikuti, slmt mencuba n welcome 2 da club!!!


01-05-2010, citarasawan komen :

Zaryati tpg optima sama ngan sponge mix jka di bungkusannya di tulis sponge mix. Optima mungkin ada product lain spt butter mix, choc mix dsbnya. Hrp baca dulu kandungan di kotak/bungkusannya. Sesetengah resipi mengunakan nama jenama sbgai bahan resipi hrp x keliru dgn Jenama dan bahan.


02-07-2011, Pucchan komen :

nk try buat jgk..slalu duk bli je kat kdai :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd