Google+

oleh: kak fida ♥Ayam Masak Merah Beriani™

Ayam_merah_beriani

resipi harian keluarga....enak dimakan dengan apa saja jenis nasi dan roti..:)


Created on : 21-04-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kak fida




Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 1 ekor ayam - bersihkan dan potong ikut suka
  • 10 batang lada kering* (lebihkan jika suka pedas)
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 jari halia*
  • 3-4 batang serai*
  • 2 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 3 biji tomato - potong dadu
  • 2 batang serai - titik
  • 1/2 jari lengkuas - titik
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • kulit kayu manis,pelaga,cengkih (bahan tumis)
  • 2 sb tomato puri/tomato sos
  • 3 sb rempah beriani
  • garam,gula/gula melaka secukup rasa
  • 2 tangkai daun ketumbar - hiris
  • sedikit bawang goreng
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Ayam digaul sedikit garam dan kunyit dan goreng.Kisar halus bahan2 yang bertanda*
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris,penumis,daun pandan,serai dan lengkuas titik,hingga wangi.Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak hingga hampir kering.Masukkan tomato buah,rempah beriani,tomato puri/sos dan gaul hingga rata.Masukkan sedikit air jika perlu,gaul dan tutup periuk sebentar.
  3. Masukkan ayam goreng ke dalam periuk dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Gaul hingga rata,tambah air jika terlalu kering.Bubuhkan sebahagian daun ketumbar dan bawang goreng.Tutup semula periuk dan kecilkan api dan masak lagi hingga 5-10 min. atau hingga ayam masak.
  4. Taburkan kacang peas,kacang gajus,bawang goreng dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Tag

ayam








Laporan Masakan Bergambar (3)

Imag1044
17-03-2011
k.fida, dah 2 kali saya buat. mmg sedap, x berlemak mkn dgn nasi beriani. Tq!
Laporan oleh: Mrsazman

mekaseh jugak Mrsazman krane dh berkali mencube...mmng sdp digandingkan dgn nasik beriani....yummm... :D

Ayam_merah_beriani
15-06-2011
salam kak fida.. ayu buat nie dh lama sgt dah.. resipi nie pun sedap.. bleh wat menu ulangan.. t.ksh bnyk2 kak fida..
Laporan oleh: idayu
_image__922_
11-12-2011
Aym msk merah versi k.fida.sedap,ada kelainan dr segi rs bbnding aym msk merah sy sll wat.ank2 sk..tq
Laporan oleh: Ain86

Komen (6)

23-04-2010, kak_sham komen :

Resepi ni memang sedap, tapi lebih sedap lagi kalau bahan ditambah dengan 1/2 cawan krimer sejat...


24-04-2010, kak fida komen :

tq kak_sham..mmng sedap..ikut selera lh yer..klau dlm rcp kak fida, masak merah yg biase atau yg beremph mmng sengaja tk bubuh susu utk elakkan rase muak sbb lauk ni sedap digandingkn dgn nasi2 yg dh sedia ade susu sperti nasi minyak,nasi beriani,nasi tomato dll lagi...haii lapar lh pulak....hmmm... :D


15-12-2010, zatie_meor komen :

x guna serai sdp x???


17-03-2011, ainimazlina81 komen :

cam best je..t nk try la..


18-03-2011, kak fida komen :

zatie_meor....serai yang membuat lauk rase sedap dn beraroma tapi klau tknk bubuh,trpulang ikut citarase..atau setakat diketok aje serai tu klau tknk dikisar halus...slmt mncube... :)


18-03-2011, kak fida komen :

ainimazlina81...slmt menerai...mekaseh... :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu