Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Inti nenas

 Submitted By On 18 February, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Kebetulan umi_e pun buat juga... so umi_e letakkan cara buat intinya sahaja sebab junjs11 dah kasi cara buat kueh tart nenas ni...

Ingredients
  • 2 tin nenas (satu tin lebih kurang 250g)
  • 250gm gula
  • sedikit pewarna kuning (ikut suka warna yang disukai)
  • *** bahan inti di sini tidak gunakan nenas fresh sebab umie rasa guna nenas dalam tin lebih mudah dan cepat... lagipun kita di rantau ni nenas fresh susah nak dapat dahtu mahal pulak...
Instructions
  1. Keluarkan nenas dari dalam tin dan blend bersama air nya sekali. Kemudian tapiskan nenas yang telah diblend tadi - ketepikan air dan bolehlah dibuat jus nenas ;)

    TN-tapis_nenas1.jpg
  2. masukkan nenas yang telah ditapis ke dalam periuk dan campurkan dengan gula.

    TN-masukkan_gula2.jpg
  3. Masakan di atas api perlahan dan sering dikacau (takut hangit)

    TN-masak_sampai_air_kering3.jpg
  4. Stelah inti agak kering, masukkan sedikit pewarna kuning atau apa2 warna yang disukai.

    TN-masukkan_pewarna4.jpg
  5. Kacau inti sehingga warna rata dan terus kacau sehingga adunan likat.

    TN-masak_hingga_kental5.jpg
  6. Jika inti telah agak kental (terasa berat sedikit jika dikacau) bolehlah dimatikan api dan disejukkan sebelum digunakan untuk buat kueh tart nenas.

    TN-masak_sampai_likat-kering6.jpg
  7. *** umie pernah buat inti nenas ini dan simpan dalam fridge selama lebih 3 bulan! >>> simpan dalam bekas yang betul2 kedap udara >>> masa musim sejuk umie pernah tak letak dalam fridge dan inti bertahan sampai umie buat lagi (buat untuk raya puasa dan guna lagi masa raya haji hehehehe)

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All