Google+

oleh: annis_lisa Mee Jawa

Dscn2702

sedap dan kos yang murah


Created on : 14-04-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi annis_lisa




Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )

  • mee kuning sebgks (celur)
  • 2 biji sedang keledek merah (rebus & lecek)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 10 ekor udang sedang *
  • 1 genggam udang kering (tumbuk)
  • garam dan gula
  • 2.5 liter air (boleh adjust)
  • minyak masak

Cara-cara

  1. * rebus udang dengan garam. air rebusan diambil dan dikisar kulit udang. Hampas udang ditapis & diambil airnya shj.
  2. tuang minyak dalam periuk & tumis serai, bawang besar & putih serta udang kering hingga wangi
  3. kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi serta goreng hingga pecah minyak.
  4. selepas itu, masukkan air rebusan udang & biarkan mendidih sedikit
  5. apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebati
  6. akhir sekali perasakan dengan garam & gula serta masukkan udang.
  7. bolehla dihidangkan bersama hiasan

Tag

mee








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (27)

14-04-2010, farihafaizal komen :

bestnye mee jawa..lama x makan..


14-04-2010, annis_lisa komen :

;0)


14-04-2010, mimieda komen :

nak buat la..nk tmbh tahu goreng.tq annis 4 the recipe


15-04-2010, Amy75 komen :

uniknya mee jawa ni. Nak tumpang tanya je versi mana ye sebab kalau area saya guna rempah ratus. Sampai kekadang rasa macam dalam pantang lak bila makan mungkin bila terlebihlah kot rempah ratusnya. yang ni lebih santai macam kombinasi resipi2.


15-04-2010, annis_lisa komen :

mimieda: welcome amy75: sye amk resipi ni kt rancangan masak tv... okla sgt sedap dan senang nk buat.


15-04-2010, elfyza komen :

memang sedap.....kalau kita tambah kentang rebus ganti keledek ok tak?


16-04-2010, Amy75 komen :

saja je nak tolong jawab, ok tapi rasanya lain seket le sebab keledek tu akan membuatkan kuahnya rasa manis semulajadi gitu.


16-04-2010, annis_lisa komen :

sebenarnya masak ni nk buh apa pn x salah, cuma sedap ngan x sedap je... ;0)


18-04-2010, putrinor komen :

huhuhu.. tq tuan resipi.. peknen kali ni ngidam mee jawa, tp xtau nk cari katner kat kemaman ni.. dulu salu makan yg beli kat pasar malam pandan jaya.. kali ni kena wat sendiri.. xpe, ku sanggup..demi mee jawa.. hehehe..


18-04-2010, Niera Munirah komen :

sdp x mi jawa ni xpnh mkn pun..klu u all ckp sdp,kte nk try wat..


22-07-2010, khay64 komen :

Niera, mee jawa ni sedap tau... tapi kuah tu jangan terlalu pekat sbb nampak kering le. Kalau rasa air stok kulit udang tu tak cukup boleh gak diganti dengan air rebusan tulang ayam atau lembu. Jgn lupa bagi yg suka ada masam2 sikit masa nak makan tu perah sedikit limau kasturi dan taburkan bawang goreng, tahu goreng yg di potong dadu @ fish cake. hehehe.. tambah tu yg lg kick tu


24-08-2010, annis_lisa komen :

sedap la bg yg suka.... nk wat pn senang.


25-09-2010, mimieda komen :

dah buat masa raya..sedap,sng n murah..sesuai utk mkn ramai2..1st time msk mee jawa sib baik sume ckp sedap tp pedas sket..betul ke 2 senduk cili..sy plak pkai senduk kuah..pedas le tp still sedap..esok adik suh msk utk open house..tq annis 4 d recipe..eh lupa tp sy x buh udang hidup sbb mahal..nk wat byk..tp lam kuah sy tmbh kiub ayam..hidang dgn telur rebus n tauhu goreng


03-10-2010, annis_lisa komen :

tq sbb cuba... sye mmg gna 2 senduk cili boh. sye gna jenama "puteri" sbb x pedas sgt. klu yg buat sniri, pastikan cili kering tu kerinting dan x berkilat. jenis ni mmg x pedas berbanding yg cantik dan berkilat tu.


26-10-2010, daia7983 komen :

mmg sedap hingga menjilat jari..cuba jgn x cuba..mkn panas2 lg best..berpeluh2nye..


08-11-2010, annis_lisa komen :

bak kata upin ipin... betul3x


26-11-2010, halia komen :

kalau kat sebelah utara mee ni mcm mee rebus la. mee jawa yg sya pernah mkn isi kemancar santan. lps tu guna rebusan tulang rusuk lembu, dan x isi keledek. yg tu versi mn ya? sy nak try pulak la resepi ni mesti sedap kan


26-11-2010, halia komen :

anis, lg satu kawan sy isi cili ceruk ms nak mkn, kacng tanah kisar tabur atas, tp xpe la jg boleh dpt byk resepi utk buat satu jenis mskn, lps bandgkan yg mn lbh jimat. kalau sy tgk pd resepi yg ni lebh jimat. tq anis


26-11-2010, halia komen :

kalau guna mee lidi sedap x?


29-11-2010, annis_lisa komen :

mee lidi tu spagetthi ke? erm x penah cuba la...


03-12-2010, 230966 komen :

boleh guna isi ketam tak ?


16-12-2010, annis_lisa komen :

isi ketam tu utk buat kuah ke bahan sampingan utk makan? x kata la x boleh, tp nk tahu sesuai ke x kna cuba la dlu...


09-05-2011, hamitap komen :

cam sedap jer..nk try la wat tuk husband...hehehe


12-05-2011, annis_lisa komen :

sedap, x rugi cuba... =)


07-06-2011, Kaseh Mawar komen :

lain skit resepi ne .modal pn skit.yg sy bljr kna bubuh biskut dlm kuah n bubuh tlur.blh cbu nti buat tamu dtg


22-07-2011, Endun komen :

Ni ringkas je nak buat.Tak banyak sangat bahan. Nanti aku cuba buat hehe.. Ni memang fav aku ni. Tq kak anis sebab sudi kongsi resepi ni. Ada sekali aku tengok kat tv tu banyak sangat bahannya sampai penuh satu meja. Nak beli bahan pun kena pakai lori nak bawa semua tu hahahaha. Gurau je


26-09-2011, jeep komen :

mmm....hari2 makan mee jawa...silap2 jadi org jawa laaa...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu