Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Biskut Tart Nenas Hantaran

 Submitted By On 04 April, 2010
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Sume tau wat tart nenas kan?? yg ni special sket sesapa yg minat kraf dr cookies leh lah cuba... bgi yg rajin cam kak wan :)

Ingredients
  • 250gm mentega
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 350 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • Jem Nenas (Ready Made)
  • Bahan Glaze/pengilat Putih telur secukupnya sedikit air
  • pewarna yang diperlukan
  • Berus kecil untuk mewarna
  • Boleh juga mengguna kuning telur utk mengilat tapi biskut kelihatan retak apabila masak
Instructions
  1. Satukan mentega dan gula, gaul rata. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.

  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. Gaul hingga rata, jika adunan lembik tambah gandum hingga adunan tidak melekat di jari.

  3. Sukat 1/2 sudu besar setiap doh (Sudu matrix). Leperkan adunan dan masukkan jem nenas yang digentel ditengahnya. Bentukkan menjadi buah-buahan yang disukai.

    010420101613.jpg
  4. Bakar dalam oven suhu 160'C selama 20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu

    010420101620.jpg
  5. Apabila biskut telah sejuk, ambil sedikit putih telur campurkan beberapa titik pewarna dan warnakan dengan berus kecil setiap biskut tadi mengikut warna buah-buahan.

    020420101630.jpg
  6. Bakar semula selama 5 minit untuk mengeringkan putih telur.

  7. Hias di dalam bakul roti atau bakul rotan mengikut kreativiti. Ingat tak seni bakul roti dlm dapur kak wan..

    050320101294.jpg
  8. Boleh guna lain-lain resipi tart nenas tpi jangan dari doh yang gebu kerana biskut cepat rosak..

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All