Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi ♥Lasagna Gulung™

 Submitted By On 01 April, 2010
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Dengan kepingan lasagna buatan sendiri...dan bahan2 yg telah diubah-suai ikut selera...enak dimakan beramai2 dan disajikan panas2...

Ingredients
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb mentega cair/minyak
  • KULIT LASAGNA KENTANG :-
  • 100 g kentang - kupas, kukus lembut dan lecek
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 300 ml susu segar
  • SOS MERAH :-
  • 1 botol sos spaghetti pilihan (dimasak dan sejukkan)
  • SOS PUTIH (CHEESE SAUCE) :-
  • 50 g mentega
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 125 g keju cheddar - parut
  • 1/4 sk serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk pala
  • SOS DAGING :-
  • 500 g daging cincang
  • 1 biji bawang bombay - cincang
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sk sebuk lada hitam
  • 2 sk oregano
  • 2 sk daun parsley
  • BAHAN TABURAN :-
  • 180 g keju cheddar - parut
  • 50 g keju mozarella - parut
Instructions
  1. Cara Penyediaannye...loyang alum. disapu mentega keliling dan bubuh 2 sb sos merah dan ratakan.

    lasagna_gulung_sapu_sos.jpg
  2. Satukan bahan2 kulit lasagna dan kisar halus.Biarkn 1/2 jam.Buat seperti dadar.

    lasagna_gulung_dadar.jpg
  3. Untuk daging,panaskan minyak dan tumis bawang,masukkan daging cincang dan masak sampai daging berubah warna.Bubuh 4 sb sos merah dan bahan2 lain dan masukkan 2 sb tepung gandum sebagai pemekat.Sejukkan.

    lasagna_gulung_daging.jpg
  4. Untuk sos puith..cairkan mentega dlm periuk dan masukkan tepung,kacau rata dan tuangkn susu sedikit2 dan masukkan keju parut dan kacau hingga pekat.Sejukkan.

    lasagna_gulung_sosputih.jpg
  5. Ambil sekeping kulit yang didadar,sapu dgn sedikit sos merah,bubuh daging dan ratakan.Perlahan2 digulung dan susun kedalam loyang alum.Ulang lagi dan susun gulungan lasagna bersebelahan dgn bahagian hujung gulungan dibubuh dibahagian bawah.

    lasagna_gulung_dgulung.jpg
  6. Sapukan permukaan gulungan lasagna dgn sos merah,tabur dgn 1/2 keju parut diatasnya.

    lasagna_gulung_dsusun.jpg
  7. Tuang pula sos putih di atas (6) rata2 dan tabur lagi dengan lebihan keju parut dn juga keju mozarella.

    lasagna_gulung_sosputih.jpg
  8. Bakar didalam oven selama 1/2 jam pd suhu 175C atau hingga permukaan lasagna garing.

    lasagna_gulung_dbkr.jpg
  9. Siap untuk disajikan panas2.

    lasagna_gulung_siap.jpg
  10. ***Jikalau tidak ingin membuat kulit lasagna sendiri boleh juga menggunakan instant lasagna sheet,dilembutkan ikut peraturan pd bungkusannya dan teruskan dgn cara2 dalam step (5)...kalau anak2 akak lebih suka kulit lasagna yg dibuat sendiri...Selamat Mencuba... :)

    lasagna_gulung_instantsheet.jpg
  11. Gamabr yg sepatutnya berada di step (6) setelah lasagna habis digulung dan disusun dlm loyang.... :)

    lasagna_gulung_sosmerah_keju.jpg
Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All