oleh: wani Lamb Stew

Dscn1575

diubah suai dari website Jamie Oliver, sesuai dimakan dengan nasi, couscous @ roti


Created on : 20-03-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi wani




Share


Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • 250gm daging bertulang (lamb@beef)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 inci halia ditumbuk halus
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh daun rosemary kering
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang carrot
  • 1 tin tomato cincang (@ 5 tomato ranum yang dicincang)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam
  • minyak utk menumis
  • 2 mangkuk air panas
  • Daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara

  1. Campurkan minyak dengan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, cili, daun rosemary dan halia menjadi pes. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  2. Satu bahagian digunakan untuk memerap daging dan satu bahagian lagi digunakan utk memerap bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu dan juga carrot.
  3. Panaskan sedikit minyak, dan gorengkan daging separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan bawang, besar putih dan carrot. Masak sehingga bawang layu sahaja.
  5. Masukkan daging semula ke dalam periuk dan masukkan bahan2 yg selebihnya seperti tomato, kulit kayu manis, garam, serbuk lada hitam dan air panas.
  6. Masukkan periuk ke dalam oven 190C untuk 1 jam 15 minit supaya daging menjadi lembut dan kuah menjadi pekat.
  7. Daun ketumbar dipotong dan ditabur sebelum dihidang.

Tag

daging


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

20-03-2010, mimieda komen :

kalo tak taruh daun rosemary lari tak rasa dia?sbb bahan2 lain semua dah ada..malas pulak nk g cari..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu