Google+

oleh: citarasawan Chocolate Banana Cake

110320101378

lupakannn.... secret recipies!!! kalo berat badan naik jgn salahkan saya!!!!


Created on : 12-03-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi )

  • Chocolate Chiffon Bahan A
  • 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
  • 4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
  • 100gm gula kastor
  • 130gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
  • 1 tsp esen vanila
  • Bahan B 4 biji putih telur 60gm gula kastor 1/4 tsp cream of tartar
  • Kek Filing
  • 400ml whipping cream (manis)
  • 100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
  • 1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
  • 1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
  • 6 biji pisang berangan (dihiris nipis)
  • Coklat Ganache/Frosting
  • 140ml UHT whipping cream (tawar) 350gm coklat masakan 1 tbsp mentega (optional)

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  3. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  4. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  5. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.
  6. 110320101340
    Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.
  7. 110320101347
    Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
  8. Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).
  9. Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
  10. 110320101364
    Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.
  11. Hias mengikut citarasa, simpan di dalam peti sejuk biar coklat mengeras baru dipotong
  12. Tips : Basahkan loyang sebelum di masukkan adunan kek supaya sng dikeluarkan

Tag

kek









Laporan Masakan Bergambar (3)

Kek
21-01-2011
buat kek untuk hari jadi. kat jepun takde secret recipe, tu yang buat sendiri. yg ni kali kedua saye buat. yang kali pertama tu ganache keras sangat (sbb sini tgh musim sejuk). jadi, kali kedua ni saye ubah sikit ratio coklat dgn krim untuk ganache. pastu saye ganti gelatin dgn agar2. :) birthday boy kate sedap. ^^ thanks for the recipe!
Laporan oleh: anginsejuk
Choc_banana_cake
21-03-2012
Buat sebab teringin sangat nak makan + birthday adik saya.Tapi filling tu sikt sangat,colour pun pekat mungkin sebab campur dengan dark coco kot?Pisang pulak dah tersalah potong kecik - kecik.Next time nak potong besar - besar sikit.Ape pun rasa sangat sedap,TQ Kak Wan. :)
Laporan oleh: aleeyah
20121020_002318
20-10-2012
buat utk befday hubby... semua yg rasa kata best cam kat secret resepi.... tq kak wan for the recepi :-)
Laporan oleh: nananina

Komen (14)

12-03-2010, aminahamin komen :

Dah lama cari resipi ni.Minat sgt dgn kek ni sampai sanggup beli dgn harga rm66 sebiji.TQ muaaaaaaah citarasawan


12-03-2010, citarasawan komen :

;) tak yah beli kat kedai kek lgi leh jimat kan buat sdri ,,, maaf lah aminahamin step x brpa detail sb tukang masak ni merangkap jurugambar gak! x leh wat 2 kerja 1 masa!!


12-03-2010, inamanjalara komen :

salam kak wan...saya ni br join MR ni..suka dgn resepi2 k.wan, sume lawa2 dan canggih! berseni betul k.wan ni...saya ni baru berjinak2 dlm dunia baking ni, klau ada yg sy x tau harap kawan2 sume sudi la tunjuk ajar ye hehe...kek ni mmg all time peberet ni,k.wan..sama cam aminahamin sggup beli mahal2! trimas k.wan coz sudi share resepi ni..ada masa leh try ni..nak tanya satu, whipping cream ada yg manis dan tawar ye? camne nak tau?


13-03-2010, citarasawan komen :

mekasih inamanjalara,, nti try yer... whip cream ada 2 jenis satu tawar dipanggil juga double cream biasa wat ganache (x perlu dibekukan) lgi satu rasanya manis dipanggil non-diary topping cream biasa untk topping kek (perlu dibekukan dlm freezer) jenama yg tawar kak wan pakai Anchor UHT whipping cream dan manis dri jenama Shine Road (blh lihat x dlm gmbr step tu) klu nk beli cri d kedai bakery harganya jauh lbih murah dri pasaraya slmt mencuba ;)


14-03-2010, zarinazainalabidin komen :

kak wan, terima kasih post kan resepi ni kat MYR. resepi ni banyak gunakan bahan yang agak susah ak ye. tapi, saya akan cuba jugak. nak beli di secret resepi, almaklumlah harganya...thanx kak wan


14-03-2010, McE komen :

salam..k.wan, nk tanya, kalau x masuk cream of tar-tar xleh ke?kena masuk gak ke?kalau x masuk x jd ke keknya?heheh..harap bolehlah jawab ye..saya teringin sangat nk buat kek ni...tp hari tu buat x jadi sangat...nk ty sekali lg pakai resepi ni lak..thanx!


14-03-2010, McE komen :

satu lg..loyang tu kena lengser dulu ke camner?ade org bagitau kalau kek chiffon xyah lengser minyak..betul ke?k.wan buat camner?


14-03-2010, citarasawan komen :

salam McE, betul,,, kek chiffon x perlu di alas kertas atau d leser minyak kek ni jnis x lekat tpi lpas kluar oven trus telengkupkan kek supaya x mendap. x msk cream tar-tar pon x apa tpi klu masukkannya putih tlor lgi cntik n lmbut teksturnya. Pkul putih tlor hingga bertanduk, guna kaedah kaup balik slmt mencuba,,, ;) Tips : Basahkan loyang kek sblm di masukkan adunan kek supaya sng dikeluarkan


17-03-2010, yumna komen :

kompem yumna nak buat.. semua dah ada tinggal whipping cream manis je lom ada..


17-03-2010, citarasawan komen :

Waaaa Yumna byknya nk masak ni ada majlis ker kat umah dh buat nti antar laporan nyer yaa.. ;)


17-03-2010, ieda71 komen :

salam kak wan..nak tanya sikit kalau guna whipping cream yang sama boleh tak....? sbb di tmpt saya susah nak cari whipping cream..sll nya yg ada brand Anchor je....lg satu kalau tak letak pisang pun ok jugak kot sb anak2 tak minat pisang, ingat nak cuba buat tuk anniversary sabtu ni....


17-03-2010, citarasawan komen :

salam ieda, leh gak guna whipping yg sama tpi campurkan ngan coklat cair buat mcm ganache kalo x suka pisang gantikan ngan apa2 yg d sukai leh anak2 contohnyer coklat urai/biskut oreo yg dihancurkan atau apa2 sja yg disukai k.. slmt mencuba ;)


10-04-2011, mummyjane komen :

my girl hantu secret recepi nye kek kalau seberang causeway cross JB scret recepies di tuju dolu...... ni must do..... thanks citarasa


30-01-2013, mazrin90 komen :

Alhamdulillah dah cuba smlm, kawan saya suka sangat, dia kata sebiji mcm secret recipe ! :) thank you kak!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd