oleh: yani Pau

Paucoklat

resepi ni utk sape yg takde tepung khas buat pau


Created on : 14-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Pau1
    Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Pau2
    Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Pau3
    Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
  10. Pau
    Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
  11. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  12. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.




Laporan Masakan Bergambar (23)

Imgp0571
01-03-2007
saya guna campuran tepung kek dan tepung gandum.
Laporan oleh: skyblue

sky, kalau guna tepung kek perlu guna baking powder lagi ke?

Cimg1460a
02-03-2007
mmg sedap dan mudah.. kt sini takde tepung khas utk buat pau..i pun pakai resepi ini..taruk inti tuna.. thkx for this resepi
Laporan oleh: princessharyati

ur welcome..

13052007_006_1
13-05-2007
kak zara guna inti kacang yg da siap nie.. buat smlm utk minum ptg.. meh la yani kito make ramai²..
Laporan oleh: zara_klate

sedak jugo tu.. make sambil tengok drama pete²

Img_0813
28-05-2007
Guna inti kacang merah. First time buat menjadi pulak tu yahoo thx Yani
Laporan oleh: Noreen

uih mewah nampak inti kacang tu.. ur welkam..

Imported_photos_00133
15-06-2007
Paunyer..memang lembutlah yani..rasa mcm beli pau kat kedai pulak..tapi zalis xder shortening..cuba guna minyak msk, nasib baik jadi.
Laporan oleh: zalisa

thanx zalis bagi idea.. time kehabisan shortening tu boleh guna minyak masak.. sukatannya sama juga ke?

100_1229
10-12-2007
pakai tepung pau..tapi ikut resepi ni...lembut nyee...sodappp!~
Laporan oleh: nOOrsha

dah guna tepung pau.. mesti lagi sedap ni ;)

P7170157
18-01-2008
sedap...cuma tkr intinya je..apa2 pun resipi k yani mmg sedap..trma kasih
Laporan oleh: inid

tima kaseh inid

Pau_yani
22-05-2008
Tada.... Buat inti kaya leh kan yani... My son pi simpan kaya dlm fridge dia jadi keras..... Tak leh nak spread kat roti..... So jadilah pau kaya.... Sedapppp........
Laporan oleh: che'iza

uwaa.. terliurnya tengok.. tpkan saya selalu buat cara ur son tu kalo nak wat inti.. sebab senang nak tutup doh tu..

Pau_sardin
23-05-2008
okay yani dah siap..... Pau sardin lak... kukus balik selepas disimpan dlm fridge, mkn tuk breakfast........ besh........ thank you.......
Laporan oleh: che'iza
Photo-0024
10-06-2008
taraa...nih kes tkt dh abih pas kuar pengukus...kene snap dulu bg sensei tgk...hehe...tQ kak!
Laporan oleh: hana6877
100_3624__wince_
27-07-2008
Buat tadi pagi untuk sarapan, tak cantik mcm Yanu buat...pertama kali buat pau..:)...thanks atas resepinya
Laporan oleh: Wati_Eltham
Dscn1853
07-12-2008
ddy buat pau inti kari..sedap ar..tq for the recipe
Laporan oleh: ddy
Pau
19-12-2008
Lembutnyierr..hehhe..tergemuk la pulak pau nih.hii..wat inti kcg gak.thanks mem! :)
Laporan oleh: HaSue
Dsc01309
05-01-2009
tadaa..buat semalam...sedap dan lembut jer..thanks yani..
Laporan oleh: lovefairy82
Pau
13-01-2009
Sedap & mudah.. 100% follow yr resipi.. guna inti kelapa..tq yani! hby srh buat lagi..he..he..
Laporan oleh: as75

ehehe.. tu yg syok dgrnya

Zoompauwati
04-02-2009
kudrat tangan,,,mcm nak cram tangan,,tp berbalui. inti kelapa
Laporan oleh: sitinor

sitinor.. kalau ada FP boleh guna FP... senang kejer..

Image038
04-02-2009
sapa penah tengok pau kaler macam ni... terkejut beruk buka2 periuk kukus tengok pau jadi kaler ni. kenapa jadi kaler ni a' sebab saya guna planta ke. Nak letak shortening, shortening tak dak, nak letak minyak tengok2 kat dapur minyak dah habis yang ada planta je. Hentam je la last jadi kaler brown.
Laporan oleh: samsuria7943

angkat tangan ni... x pernah lagi tengok pou kaler brown.. iyalah tu agaknya sebab letak planta kaler tukar jadi macam tu

Image040
04-02-2009
Ini inti pau brown. Inti nyok. Walaupun kaler brown rasa sedap. Panas2 lagi ni baru je buat kul 11 tadi ni. Boring sangat tak tau nak wat apa try la buat.
Laporan oleh: samsuria7943

sib baik rasa sedap... kalau tak terpaksa jd hidangan "cik tong"

Kuih_pau
04-02-2009
1st homemade pau. Menjadik.. hehe! lembuutt jek pau ni. tq kak yani
Laporan oleh: 14sept

ur welcome

Dsc00975
07-02-2009
Salam, Yani. Saya buat pagi tadi untuk sarapan. Yang bertanda merah inti sekaya, yang biasa inti kentang karipap. Percubaan pertama, puashati. Suami prefer sekaya. Anyway TQ.
Laporan oleh: Sharm1969
Pau_yani
22-04-2009
tq yani akak byk cuba resepi yani....hasilnya alhamdulillah...berintikan kentang kari daging....sedap macam kat kedai....puas....bakat memasakmu dik ku kongsi bersama...tq again
Laporan oleh: watierman
P1010358
14-05-2009
Tak berapa lembut..tapi alhamdulillah masih sedap pada selera saya...TQ
Laporan oleh: MamaInaz
Pau
22-05-2009
INILAH PAU SAYA..SEDAP TQ KAK YANI
Laporan oleh: kakas83

Komen (59)

14-02-2007, Nong komen :

Cantik dn gebu pau yani ni..


14-02-2007, Mat Gebu komen :

Yani....ok tak bbuh krim coklat tu sebagai inti pau?....sabtu nie rasa macam nak try lah pau isi inti krim coklat yg yani buat utk roti ala2 siput sedut tu.......nak buat hujung minggu tak bleh pulak sebab Chinese New Year...


15-02-2007, Noreen komen :

yani, boleh jelaskan tak penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit. maksudnya bakar dulu tepung tu dlm oven 40c utk 30 min betul tak? sebab most of your bread recipe semuanya ada cara cam gitu. Utk dptkan kepastian so that next time roti nampak cantik. ingat nak cuba buat pau nie on saturday.


15-02-2007, sayang79 komen :

wah yani...tgk u punya pau nie macam sedap lah pulak...guna tepung gandung pulak tu leh ah sayang try nanti....


15-02-2007, Mat Gebu komen :

Maaf...boleh mencelah skit. noreen kalau tak silap mat lah maksud yani dgn "penaikkan hingga 2 kali ganda dan 40C selama 30minit" tu yelah bila doh tu dah siap diuli, kita perapkan hingga naik 2x ganda. Bagi yg dok kws2 sejuk macam Eropah atau Jepun, masukkan doh tu ke dalam oven yg telah di setkan suhu pada 40C dan biar selama 30 minit......apa2 pun kita tunggu komen yani ye Noreen.


15-02-2007, princessharyati komen :

selain lemek sayur boleh diganti dgn apa?


15-02-2007, enam putera komen :

princessharyati, saya biasanya gunakan minyak masak ataupun marjerin pun boleh...princessharyati mungkin ragu dgn kandungan lemak sayur ke? saya biasanya guna lemak sayur crisco, ianya diperbuat dr soya, insyaAllah halal.


16-02-2007, yani komen :

mat.. budak-budak sukalah inti coklat..


16-02-2007, yani komen :

Noreen, betul lah macam kata mat tu.. suhu 40C tu utk penaik bagi sape2 yg tinggal tempat sejuk... i selalu penaik guna oven, baru cepat sikit. Kalau nak biar diluar..jenuh juga nak tunggu naik.. tambah2 winter ni.


17-02-2007, Mat Gebu komen :

yani, teknik u mencantumkan pau tu lawa, sama cam kat kedai cina di tempat mat, aisey..ni nak kena try juga style u bungkus inti, macam bentul lotus....


17-02-2007, yani komen :

ehehe .. i baru belajar buat cara tu.. sebelum ni main buat btk biasa je..


17-02-2007, Mat Gebu komen :

yani...nampak pro tau cara u membungkus pau tu.....,jeles mat..........huaaaa!!!!!


17-02-2007, skyblue komen :

kat kedai cina, bunga kat atas pau tu sebenarnya untuk membezakan pau manis / tak manis... tak manis biasanya ada bunga... pau manis bentuk bulat. malay ikut cara ni tak?


17-02-2007, yani komen :

kalau kat jepun pula.. yg bentuk bunga tu intinya daging dan yg sejenis dgnnya.. kalau btk licin tu yg ada kacang merah/hitam.. betulkan minami??


17-02-2007, Mat Gebu komen :

tak lah sky sebenarnya mat kalau buat pau samacam rupa roti jeee tak reti nak buat "petal" kat bhg atas..... kena belaja niee


21-02-2007, Noreen komen :

yani, last weekend i cubalah resepi pau nie tapi doh i terus jadi lembik habis. i pun terus buang tak tau kenapa plus i dah siap buat inti kentang n daging. boleh komen tak pasai apa jadi lagu tu. teringin benar nak buat pau.


21-02-2007, yani komen :

Noreen.. sorry.. sukatan air kat atas tu memang dah betul. I pun tak tahulah kenapa jd lembik... ni sama kes dgn resipi roti sosej mini tu.. i buat ok je takde masalah. tapi bila umie dan alma buat jd lembiklah pulak.. mungkin betul apa yg lily komen kat resipi roti sosej mini tu.. emm xtahlah..


21-02-2007, Nong komen :

Yani i dah cuba bt pau ni bintikan ayam,mmang gebu dn mjadi,hubby dn anak i sukaknnya.Tq Yani..


21-02-2007, yani komen :

ur welcome.. Nong takde masalah terlembik ke doh tu? Ke Nong dah tambah tepung..


21-02-2007, Nong komen :

Yani..doh tu x pula lembik,elok je ,rasa gembira sgt coz mjadi...thanks skali lg..he..he


22-02-2007, Noreen komen :

yani, mungkin I pakai shortening crisco tu kot yg jadi lembik? Nanti I try lagi guna lemak sayur tapi rasanya shortening yg I beli brand crisco tu boleh pakaikan?


01-03-2007, skyblue komen :

noreen... berapa lama u rehatkan doh? mungkin terlalu lama... bila over proofing... ia jadi lembik. Pau doh tak payah proofing lama2 macam roti sbb ada baking powder. klu dah terlembik... boleh tambah sedikit tepung, uli dan terus buat pau, rehat 5 minit gitu baru kukus. sesiapa yg guna breadmaker, tak payah tunggu full cycle (1.5 jam)... sbb 30 minit dah cukup untuk proofing... so masa uli+proofing dlm b/m = 1 jam. hope this helpful.


02-03-2007, skyblue komen :

yani... guna tepung kek perlu juga tambah bk powder. klu nak buat pau yg merekak kat atas (macam char siew pau kat dim sum restaurant), guna lebih tepung kek...


17-04-2007, lovexoxohug komen :

kalu pau nak tambah whole wheat flour sikit boleh tak?


28-05-2007, mksuzana komen :

nak tanya ......kalu sukatan g tu di ganti dgn sudu....agak2 berapa yek....maca tepung gandum tu okler.....cuma yg yis tu 6g.....banyak mana agaknyer....tq..


28-05-2007, yani komen :

yis 6g=2sudu kecil . garam 2g=1/4 sudu kecil


28-05-2007, syahmi komen :

yani....300g t.gandum tu agak2 berapa cawan....senang nak sukat pakai cawan la... jwb jgn x jwb..


15-06-2007, raelyn komen :

kak yani, saya barui di jepun....minyak sayuran jenis apa di pasaran yang kak yani guna......saya new housewife,minggu ni saya asyik tgk website ni cari resepi untuk masak.....thanks...say asuka resepi resepi kak yani.....baru belajar masak....


17-06-2007, zalisa komen :

Yani... zalis letak 2 sudu besar minyak masak, yang lain sukatannya sama ngan yang yani buat.


10-12-2007, alyasuraya komen :

Yani.. kalu tak de lemak sayur tu bo guna bread softner jenama nona tak?


18-12-2007, hannylatif komen :

Yani... Kalau saya takda lemak sayuran mcm mana? Boleh ganti marjerin ke butter ke?


27-12-2007, arma komen :

yani..ari tuh i try resipi pau u nih, lemak sayur x der so i guna myk sayur..ya rabbi..bila sejuk, pya la keras..pakat digelak dek hubby n anak i..tah mana lak silapnyer..len kali wat nak guna shortening lak, x mo ubah2 bahan..


18-01-2008, ofisgrl komen :

nak tanya sikit la......20g air suam dlm sukatan ml, berapa?


18-01-2008, ofisgrl komen :

oppps....sory yea! maksud saya 162g air suam dlm sukatan ml?


26-03-2008, bai komen :

yani... kalau saya guna tepung pau bluekey boleh tak sukatan dan bahan-bahan sama ke.


22-05-2008, hana6877 komen :

nk tnya sesapa..camne nk buat inti kacang merah tuh?? sory la tk tau...sy budak baru blaja..hehe


22-05-2008, che'iza komen :

Hai Hana... Kalau saya, saya rebus kacang merah sampai agak empuk kemudian kisar kacang tu lepas tu masak balik dgn gula. Manis ikut suka n masaklah sampai inti tu pekat. Tak pun ada jual serbuk kacang merah (kacang merah kisar), lagi senang campur ngan air dan gula lepas tu masak sampai pekat siaplah.. Harap dapat membantu...


22-05-2008, che'iza komen :

Buat pau ni 2 inti, 4 biji kaya 4 biji lagi sardin. Tu yg ada warna hijau kat atas pau tu buat petanda. he..he.. Yg sardin kukus separuh masak simpan dlm fridge. Nak makan tuk esok lak.. Kang esok kukus balik...


25-05-2008, Ekieyna komen :

Kak yani..pau ni mmg jd caler kuning ek..bila masak??biasa caler nyer putih kan..Eki dah buat..jd..tp x lembut sgt la kak yani..then..masa buat bulat2 tu..inti x sekata..senget je hehe..x duk tgh2..adess~~!x reti lagi ni nak..hoho~!1st time buat ngege!;P


01-06-2008, Justma komen :

Tq Yani,dapat gak resepi pau tanpa guna tepung khas pau,maklum la kat ngr arab mane nak jumpa.Dah byk resepi Yani sy cuba,memang menjadi.Esok nak cuba.


13-08-2008, fara_bie komen :

kak yani... kalo x bubuh lemak sayur menjadi x? atau ada bahan lain yg boleh digunakan sebagai ganti lemak sayur ni?


15-08-2008, noraida komen :

ass yani selamat petang ,da bangak juga resepi anda saya cuba alhamdullilah semuanya menjadi.cuma yang pau ni aje sikit meragam bila da kukus kulitnya takcantik macam yani punya,nampak macam basah gitu knapa eh?ingat nak try lagi buat majlis maulid this weekend pls help.... tq


15-08-2008, yani komen :

noraida.. tq. Mungkin air di tutup pengukus tu jatuh ke atas pau.. tu yg jd basah


15-08-2008, noraida komen :

ass yani tq aida will try again.mungkin juga air kukusan jatuh terlalu ghairah dapat resepi pau yani terus cuba maklum lah my kids 4 org semuanya pau lover tq yani


06-01-2009, fairuz_zan komen :

saya admire cara yani snap gambar..nampak pro aje. Pastu resepi2 yani nampak semuanya sedap. Untung suami dan anak2 yani. Yani ni hsewife @ bekerja?


23-01-2009, sitinor komen :

Salam sume, sy memerlukan bantuan segera: macam mana elak pau berkedut kulitnyer...hu.hu..sebab semalam ada try buat pau ni, tapi bila nak angkat( tudung periuk dibuka), terus kulit pau tu terkeriuk-kiuk kecut sikit,,,,hu,hu tolonglah pada sesapa....TQ


23-01-2009, baya74 komen :

salam sitinor. saya tolong jawap(kengkawan klu salah tolong tegur) dr pengalaman saya, pau berkedut ada bbrapa sbb. 1. semasa penaikan yg kedua, jgn terlampau naik (sehingga 2x ganda), cukup naik sikit je mcm yani bgtau dlm 5 minit je krn sms dlm proses mengukus pau tu akan naik lagi. 2. kukus dgn api sederhana sj, jgn bukak api paling bsr . 3. masak lbh kurang 15 - 20 minit spt d syorkn. klu lama sgt pun blh jd penyebab. 4. jgn besar/kecilkn api sesuka hati sms mengukus. 5. jgn bukak penutup kukusan sms mengukus. tips ni bergantung pd resepi. harap dpt mmbantu. mintak maaf klu tesilap.


23-01-2009, baya74 komen :

......tips ni bergantung kpd resepi & jenis kukusan yg d gunakan. harap maaf.


23-01-2009, sitinor komen :

TQ baya, mgkin api besar kot, sebab kukus sy yg 40" py,...emm nama awak macam nama kawan sy masa standard3 la, Siti Norbaya namanya...malam ni saya akan try again 1 more time,,,cayy0, cayyo..!


16-02-2009, sitinor komen :

TQ pada semua yang memberi tip dan panduan...skrg dah buat bisnes dah, letak kat kakak jual nasi lemak kat perumahan BTP....terutamanyer pada tuan-tuan punyer resipi..


28-04-2009, cekyah komen :

hai yani...masih ingt pau yg kler brown tu(samsuria-4.2.09),ia berlku jg pd pau yg akak buat.Trperanjat jdinya...setelah diteliti rupanya akak guna soda baikbonat gnti baking pwder sbb masa tu b.p dh habis...sebelum ini ok aja guna b.pwder....rupa n gebunya sama tp warna n bau ada lain sikit....mungkin pengalaman ni boleh jadi panduan kpd yg lain. T.Q


03-05-2009, minah arab komen :

smlm buat tak jadik sbb guna resepi lain, agak2 ni mmg boleh jadik tak?


03-05-2009, minah arab komen :

Yani, shortening tuh boleh ganti ngan minyak tak?


03-05-2009, cekyah komen :

minah...akak selalu guna resepi yani ni...best..lembut...boleh tukar dg minyak masak...ok aja


03-05-2009, minah arab komen :

Kak Cekyah, betul ler akak cakap....saya buat mmg jadik...lembut giler.... rasa macam nak nangis sbb bangga dpt buat pau.... Yani, terima kasih resepi awak ni....mmg sedap....


19-05-2009, lisa sharip komen :

DRY YEAST TU CAM NE UPENYE? YANG BRAND MAURIPAN TU KE


22-05-2009, kakas83 komen :

salam, dah buat resepi kak yani nie, alhmdulillah menjadi, cam mana nak buat laporan masakn bergambar ye?


22-06-2009, emak komen :

salam..ai...saya dah cuba buat pau ni sedap...cuma x pandai nak masukan inti jer....ler masukan inti mesti x lawa...ler kukus nampak inti....nipis sangat ker????ada saper2 leh bantu x?hubby suka makan pau..


29-08-2009, eMieChuL komen :

salam... sebelum puasa tu sya dah cuba resepi yani ni ... sya buat ngan adik mula2 nerves takut tak jadi membazir plak... first time buat... adik nak sgt makan pau yg buat sendiri so kita buat la... kita ikut betul2 resepi yani... Alhamdulillah jadi juga sedap... lembut... kejap lagi nak buat untuk buka puasa... terima kasih sbb bagi best resepi... selamat berpuasa...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu