Google+

oleh: citarasawan Seni Bakul Roti

050320101294

Bakul hiasan yang boleh dimakan!!!


Created on : 05-03-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Bahan-bahan ( Mangkuk Tahan Panas 5" )

  • 7 cawan tepung roti
  • 1 paket yis segera (11gm)/2 tbsp yis segera
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 tbsp gula halus
  • 2 tbsp garam halus
  • 1/4 cawan minyak masak/2 tbsp shortening
  • shortening utk disapu pada acuan
  • Pewarna (optional) susah nampak bila dibakar tetapi boleh cuba!!
  • Pengilat : Kuning telur dan air
  • Bahan-bahan untuk membuat Bakul :
  • 1. Mangkuk tahan panas (Pyrex/Corningware/Loyang aluminium) mengikut saiz yang dikehendaki sebagai Acuan Bakul. 2. Pizza cutter/pisau/gunting 3. Aluminium foil 4. Pembaris 5. Papan canai dan pengelek 6. Pinggan tahan panas
  • Pelekat : air atau putih telur

Cara-cara

  1. Satukan gula dan air biar gula larut. Masukkan yis dan biarkan ditempat suam selama 5 minit.
  2. Masukkan tepung, garam dan minyak. Uli hingga menjadi doh. Sekiranya doh keras masukkan sedikit air jika melekit masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat dijari.
  3. Cara-cara mengayam Bakul
  4. 050320101261
    Ambil satu mangkuk tahan panas mengikut saiz yang di sukai. Ukur dalam dan luar mangkuk dahulu supaya senang untuk membuat talinya. Biarkan ukuran 1" lebih panjang dari ukuran asal.
  5. 050320101259
    Ambil doh dan gelek empat segi memanjang, guna pizza cutter dan potong beberapa tali memanjang dengan 3/4" atau 1" lebar terpulang pada saiz mangkuk lagi kecil lagi cantik patennya.
  6. Telengkupkan mangkuk, biar permukaannya berada di bawah. Leser mangkuk dengan shortening supaya roti tidak melekat selepas dibakar nanti.
  7. 050320101263
    Ambil 2 tali yang di potong tadi dan buat silang pangkah di atas mangkuk. Ambil 2 lagi dan buat yang sama. Tekan sedikit ditengahnya supaya tali boleh melekat. Sapu dengan air untuk melekatkannya.
  8. 050320101268
    Kemudian mulakan mengayam tali menjadi bakul. Ambil satu tali, masukkan ke bawah salah satu lingkaran pangkah dan bawa tali "keatas kemudian kebawah" diselang seli sehingga habis lingkarannya sampai ke bawah mangkuk. Sekiranya tali tidak cukup panjang sambungkan dengan yang lain menggunakan air sebagai pelekat. Pastikan tali cukup panjang untuk mengayam bakul hingga habis.
  9. 050320101280
    Bila semua jalinan tali sudah sampai ke penghujungnya, gunting lebihan tali supaya sekata permukaanya.
  10. 050320101283
    Untuk menyiapkan keseluruhan bakul dan tepinya, ambil 3 potongan tali dan buat toncang seperti toncang rambut. Buat hingga habis pastikan toncang cukup panjang untuk mengelilingi bakul.
  11. 050320101285
    Sapu permukaan bahagian tepi bawah bakul dengan air dan lekatkan toncang tadi ke sekeliling mangkuk. Potong hujung cantuman toncang supaya lebih cantik dan gamkan dengan sedikit air supaya melekat dengan baik. Buat lagi satu toncang seperti diatas untuk tangkai bakul.
  12. 050320101286
    Apabila bakul telah siap sepenuhnya, ambil satu pinggan tahan panas dan letakkan di atas permukaannya. Tujuannya supaya bawah bakul menjadi leper dan rata. Kemudian bungkus dengan tuala dapur dan biarkan bakul mengembang di tempat suam selama 30 minit.
  13. Untuk mengilatkan bakul, ambil sebiji kuning telur, campur denan 1 sudu kecil air dan sapu ringan dengan brush ke seluruhan bakul. Buat yang sama untuk tangkainya.
  14. 050320101291
    Masukkan bakul tadi ke dalam oven dan bakar pada suhu 180c selama 15 minit. Keluarkan bakul dari oven dan angkat keluar pinggan yang diletakkan di atas bakul tadi. Sapu bahagian bawah bakul dengan kuning telur dan masukkan kembali ke dalam oven. Bakar lagi selama 15 minit. Untuk tangkai letakkannya diatas loyang dengan posisi melengkung dan bakar.
  15. Bila permukaan bakul dan tangkainya kelihatan keperangan, bolehlah dikeluarkan dari oven. Letak kembali pinggan ke atas permukaannya supaya dasar bakul menjadi rata.
  16. Sejukkan bakul lebih kurang 15 minit, baru dikeluarkan mangkuk di dalamnya. Jika melekat, gunakan pisau yang disapu dengan minyak untuk mengeluarkannya.
  17. 050320101289
    Apabila mangkuk telah dikeluarkan pada bahagian dalamnya masih lagi lembut. Kemudian bungkus kelilingnya dengan aluminium foil supaya bahagian luar yang telah dibakar tidak hangus. Letakkan bakul diatas dulang dan bakar semula selama 10 minit supaya bahagian luar dan dalam bakul masak dengan sekata.
  18. Setelah di keluarkan, bahagian tepi, atas dan bawah bakul kelihatan keperangan manakala bahagian dalamnya telah keras sedikit.
  19. Bakul ini boleh di simpan selama 2 bulan. Balut dengan plastik wrap dan bungkus dengan aluminium foil. Simpan ditempat beku didalam peti ais.
  20. 050320101293
    Waaaaaaaa!!! dah siap,,, boleh dihidang dengan salad atau pasta didalamnya dan yang seronoknya bakul roti ni boleh dimakan!!! Boleh di buat sebagai bakul hantaran dengan buahan2 mini dan biskut di dalamnya...... pasti yang menerima akan memuji kreativiti anda... Enjoy yur Art!!!

Tag

roti









Laporan Masakan Bergambar (2)

Bakul
16-04-2010
ni gambar bakul togel je
Laporan oleh: McE
Bakul3
16-04-2010
ni yg ade isi dan tangkai..thanx k.wan..
Laporan oleh: McE

Komen (23)

05-03-2010, faezah hassim komen :

cantiknya...


05-03-2010, aszuzira komen :

susah nyerr nk buat..huhh,but stil nice..


06-03-2010, citarasawan komen :

mana pegi nyer gambar yg kak wan upload ni?? penat buat step by step x nmpak gmbr lak!


06-03-2010, teruna komen :

nak makan tu nak start dari mana dulu kak wan,,,buntu fikiran dah ni,,,hehehehehe


06-03-2010, citarasawan komen :

makan laa tangkai dulu teruna tu pon x tahu hee heee gurau jer pgi2 ni...


06-03-2010, teruna komen :

kena letak jem kat tangkai,,,baru best,,,


06-03-2010, citarasawan komen :

Teruna,, kalo nk mkn roti yg lembut guna la resipi dri roti putih atau nk keras sikit guna resipi bagel atau roti perancis mna2 pon boleh basic roti lebih kurng sme ;)


06-03-2010, teruna komen :

mana roti bleh telan,,janji halal


06-03-2010, ctmas komen :

salam kak wan....kreatif sungguh...ct nk tanye...1)dlm step 6..utk melenser mangkuk, shortening boleh ganti butter/majerin tk?2)sementara menganyam,adunan tk mengembang ke kak wan? 3)dlm step 12..kene bungkus rapat dgn pinggannya sekali ke,sbb dlm gmbr tk tunjuk contoh? ma'af kak wan banyak sangat soalan...thanks kak wan... :p


06-03-2010, srt08 komen :

bestnyee kak wan, pandai akak ... buat roti cam tu...resepi akak smuanye best2... terima kasih krn x kedekut ilmu...untuk generasi muda kan ...


06-03-2010, citarasawan komen :

ya ctmas, bleh ganti majerin/butter utk meleser cuma mdah nmpk kesan hngus pd roti. 2) adunan mmg dibiarkan mengembang supaya lubang2 jalinan akan tertutup rapat 3) kena bungkus dgn pinggan sekali spya dasarnya bakul rata hrp jwpan ini dpt membantu. mekasih ct :) Tips : Lepas uli doh terus gelek dn ptog doh dlm tmpoh tu roti akn mengembang..


06-03-2010, citarasawan komen :

mekasih srt08 cuba buat yer.. hrp sng buat dgn step by step ni.


06-03-2010, ayuharlina komen :

wah... bestnya.. rasa macam nak buat je.. lama dah tercari resepi nie.... esok ahad nak cuba buat... terima kasih kak wan


06-03-2010, Nurul77 komen :

Wow............. Seni giler...


06-03-2010, citarasawan komen :

hai ayu, resipi lain bleh jga digunakan klu nk buat tuk hantaran gunakan resipi dri bagel atau roti france varnish dgan karamel hasilnya mmg cntik kalo ada sdr mara nk kawin leh buatkan tuk mrk slmt mencuba ;)


06-03-2010, yongnani komen :

Tabik k wan.


07-03-2010, elyns komen :

kalo minat masak tapi tak kreatif susah jugak nk buat bakul roti ni... beruntungnye orang yang berseni macam ni...tahniah2...


09-03-2010, ibu lina komen :

waah..cantiknya bakul awak,kreatif bakul yang boleh di makan .terima kasih kerana sudi mengajar.


10-03-2010, lisan komen :

Wah, kreatifnya bakul roti citarasawan ni! Terima kasih kerana sudi berkongsikan cara-cara untuk membuatnya. Nak cuba buat lah.


05-04-2010, kaseh ardini komen :

waaaahhhh...tersangat kreatif.tahniah,tahniah,tahniah.....ini bermakna saya kena belajar buat nie...dah terer nanti leh wat hantaran nikah...huhu


05-04-2010, citarasawan komen :

kaseh ardini mesti blajar wat ni tau.. utk hantaran kawin x yah lgi nk tempah sume pengantin yg buat!!!! ;)


16-04-2010, citarasawan komen :

salam McE, bakul roti dan tart nenas 2, dh pass, rasa nyer lps ni blh lah wat bisnes yer ... slmt berjaya.. ;)


31-03-2011, yusnitaman komen :

salam.x paham mcmana nak lekatkan tangkai pd bakul.nk bakar sekali pd bakul @ lekatkan guna air.maksud "tempat suam" mcmana?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd