oleh: citarasawan Kuih Lapis Tembikai

220220101184

Aneka Kuih Lapis


Created on : 26-02-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Share


Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi )

  • Bahan-bahan 60gm cincao dipotong kiub
  • Bahan A
  • 150gm tepung beras
  • 140gm tepung ubi
  • 20gm tepung sago/tepung gandum
  • 400ml air
  • 300ml santan pekat KARA
  • 220gm gula halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (hijau/kulit dan esen pandan), (putih/lapisan tengah), (merah/isi tembikai)

Cara-cara

  1. Satukan bahan A, gaul rata dan tapis. Ambil 250ml adunan, masukkan esen pandan dan perwarna hijau. Ketepikan.
  2. Ambil 300ml adunan lagi dan biarkan tanpa warna.
  3. Lebihan adunan pula dimasukkan pewarna merah dan dicampur dengan cincao.
  4. Tuang adunan hijau ke dalam loyang 8" dan kukus selama 5 minit.
  5. Apabila masak, tuang pula lapisan adunan tanpa warna, kukus semula selama 15 minit. pastikan lapisan betul-betul masak baru dituang lapisan adunan merah.
  6. Akhir sekali tuangkan adunan merah, tutup dengan aluminium foil dan kukus semula selama 30 minit.
  7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
  8. Sekiranya selepas 30 minit masih terdapat takungan air dipermukaan kuih, tuang keluar air tersebut perlahan-lahan atau ambil tissue dapur dan biarkan diatas permukaan kuih sekejap untuk menyerap lebihan air tadi dan angkat keluar tissue tersebut.

Tag

kuih-muih


Laporan Masakan Bergambar (1)

Img_0262
06-01-2011
First time cuba, inilah hslnya. tp saya letak biji selasih gnti cincau. apa2 pun thank utk resepi ni
Laporan oleh: ira25

Komen (6)

26-02-2010, katanggi komen :

kuih lapis ni untuk birfday anak2 bleh la buat,,,kan


26-02-2010, citarasawan komen :

kuih lapis ni biasa saja sesuai juga utk pemberian kpd kawan2 atau jamuan npk lain skt dr kuih lapis biasa.


26-02-2010, nizamas komen :

kuih lapis ni nmpk sedap...mcm nk mkn jer. ade tarikan luar biase. hehehe...sy mst cuba.


27-02-2010, adek82 komen :

salam kak,kalau tak buh cincau x pe ke...menarik sunguh,jadi terliur tengok,resipi akak mang sedap2 blake la...


27-02-2010, citarasawan komen :

hi adek82 ,tak ltk cincau pon x pa,, cincau tu hiasan jer nk bgi nmpk mcm biji tembikai kalo adek ada idea lain bleh juga gnti ngan bahan lain. klu adek kt area kl esk jmpt lah dtg umah kalo sng.. ada mini open house kt umah kak wan...;)


27-02-2010, adek82 komen :

salam kak..adek dah cuba...baru tadi,anak saye tak sabar2 nak mkn...sedap dia org ckp.tapi rasenye tak leh la kak sebab ada tetamu kat rumah,ayah dtg rumah...sory la kak ye...biasenye sye akan bagi kat jiran tapi hari ni dia org blik kpg la plak...terima kasih k wan...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu